Salam semua. Saya nak luahkan perasaan yang tersangat sakit, keliru, takut, sedih, kecewa semua bercampur. sebelum itu admin mohon hidekan profil saya kerana saya tidak mau membuka aib keluarga saya.
Saya sudah berkahwin 10tahun dan mempunyai 2 org anak sepasang umur 8tahun dan 6tahun. Ceritanya selama 35 tahun hidup rupanya saya bukanlah anak kandung abah yang namanya ada dalam surat lahir saya,
abah yang azankan waktu saya lahr kedunia dan juga abah yang walikan semasa saya nikah saya sebenarnya anak hasil ibu saya berz!na semasa abah bekerja outstation. saya dapat tahu sebab Allah bagi petunjuk dan saya pendekkan cerita,
saya ajak abah dan ibu pergi check DNA hasilnya saya cuma anak ibu tp bukan anak abah d sebabkan abah da tua ada sakit saya terpaksa sorok tak nak abah tahu nanti abah jatuh sakit. Ibu pun bila saya tanya cuma diam nangis,
Skrg ni saya jadi sangat kecewa dan marah kerana selama ni pernikahan saya tidak sah 10tahun kawin ibarat berz!na, anak saya pulak status macam anak luar nikah ya Allah.
Skrg ni nak bg tau suami tp takut suami marah dan kecewa 10tahun bkn la jangka masa yang pendek, anak semua da besar. maaf semua kalau penulisan saya berterabur,
saya xtau nak luah pada siapa hati ini sangatlah sakit dan kecewa. Mohon rakan semua bg kata semangat dan nasihat apa patut saya buat. Terima Kasih