Assalamualaikum min dan warga KRT, Mohon admin hide profile saya ya.
Saya seorang suami dah kahwin selama 11 tahun dengan isteri saya. Sebelum saya kahwin dengan isteri saya sekarang, saya pernah kahwin dengan rakan baik saya dari tadika.
Kami kenal dari tadika sehingga ke alam kerjaya. Kami kahwin hanya 3 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki. Namun, jodoh kami tak panjang kerana banyak timbul masalah kewangan dan campur tangan mertua.
Selepas bercerai dengan isteri pertama saya. Saya terjumpa dengan isteri saya sekarang di kedai makan. Memandangkan saya suka makan di kedai tersebut dan isteri saya pekerja kedai itu, saya mengambil jalan untuk memberikan nombor telefon saya, jika dia berminat dengan duda anak 1, dia akan text saya.
Tak disangka selepas kejadian tersebut, isteri saya mesej saya. Kami kenal 3 4 bulan terus kahwin. Awal kahwin kami bahagia seperti pasangan lain. Saya suka menolong isteri lakukan kerja rumah, pergi masjid sama- sama.
Isteri saya hanya seorang surirumah dan saya seorang pegawai. Setakat saya hidup bersama dengan dia, segala kelengkapan makan minum pakaian dia semua saya sediakan mengikut kadar kemampuan diri saya.
Setakat itu dia masih lagi okay. Untuk pengetahuan, gaji saya hanya dalam lingkungan RM4000. Selepas 4 tahun berkahwin, kami dikurniakan seorang anak perempuan.
Bermula daripada itu, sikap isteri saya semakin berubah, cepat marah, maki hamun saya, merendahkan saya, selalu minta cerai tanpa sebab munasabah, melawan cakap saya, tinggalkan saya di rumah sendiri dan dia pulang ke rumah ibu dia tanpa izin saya.
Dia sering berkongsi di media social berkenaan suami dayus atau bab nafkah zahir. Setiap bulan saya ada beri dia nafkah mengikut kadar kemampuan saya sebanyak RM600. Segala bayaran kereta, rumah, bil, makanan, hal anak semua saya uruskan sendiri.
Masalahnya sekarang saya sentiasa sabar dengan karenah isteri saya dimana dia banyak mengaibkan saya di media social dan juga rakan serta keluarga dia sehingga menyebabkan saya kurang rapat dengan keluarga dia.
Saya tak tahu di mana silap saya. Apabila gaduh saya banyak diam ketika dia maki hamun saya dan sebagainya. Segala suruhan saya kepada dia berkenaan agama semua dia tolak contoh saya menyuruh dia memakai lengan panjang ketika keluar rumah untuk buang sampah,
Dia endahkan saya. Saya minta dia memakai tudung lengkap ketika bersembang dengan jiran, jangan memakai tuala, dia endahkan saya. Dia memanggil saya dayus dan penung gang agama.
Cerita bab hubungan suami isteri, dia sering tidak melakukan tanggungjawab dia sebagai isteri. Jika saya minta, dia akan memberontak dan maki hamun saya menyebabkan saya tiada mood dan tawar hati kepada dia.
Selain daripada tu, saya juga tahu dia ada mengamalkan amalan yang amat kèji iaitu meny!hirkan orang. Barang sìh!r saya jumpa sendiri di dalam rumah saya.
Dengan siapa saya rapat atau ada rakan sekerja perempuan yang menyebabkan dia cemburu buta, dia akan cuba meny!hir rakan saya tersebut, memfitnah dan menye rang rakan wanita sekerja saya sedangkan kami tiada apa- apa.
Dah hampir setahun saya tidak menyentuh dia, tidak tidur sekatil dengan dia. Ini kerana saya banyak sakit hati dengan sikapnya. Jika saya tegur kesalahan dia atau cuba untuk perbaiki hubungan kami ke arah lebih baik, dia akan meronta- ronta, maki saya, maki anak- anak, berkasar dengan saya,
memberontak dan kata saya penung gang agama. Saya buntu nak buat apa. Saya memang tawar hati dengan dia. Dia minta cerai dengan saya dari 8 tahun yang lepas. Saya kurang berkomunikasi dengan dia sebab saya balik kerja, dia hanya duduk dalam bilik dan abaikan saya.
Dia tidak menyediakan pakaian dan makan minum saya, masak pun tidak. Hanya masak kepada dia dan anak, jadi saya terpaksa membeli makanan untuk saya sebelum pulang ke rumah.
Baru- baru ini kami bertengkar dan dia minta cerai, dia mengatakan ingin tuntut semua nafkah yang dia boleh tuntut. Saya menyuruh dia mohon ke mahkamah jika benar ingin berpisah kerana dia mengatakan juga ada lelaki lagi baik hendak menjaga dia dengan baik.
Saya amat kecil hati seolah- olah pengorbanan saya selama ini sia- sia. Tetapi dia taknak mohon mahkamah, dia menyuruh saya lafaz luar mahkamah. Akibat tawar hati dan sakit hati saya menyebabkan saya taknak lepaskan dia di luar mahkamah kerana dia akan tuntut semua nafkah dan nak kan duit saya
sahaja. Saya sayangkan anak saya sebabtu saya tak lepaskan dia dan kesian kan anak nanti. Saya buntu. Jahat sangatke saya sampai dilakukan seperti ini.
Saya tidak pernah mengangkat tangan memukul dia, marah pun tidak, hanya tegur jika ad salah di mana- mana kerana dia panas baran melampau dan suka mencarut sehingga kepada anak pun dia mencarut jika anak tertumpahkan nasi ke lantai.
Jika rakan- rakan mempunyai pandangan dan pendapat, sila kemukakan dengan tulus hati. Saya tak tahu nak buat macam mana dah saya memang dah takde hati dengan dia. Jika ada peguam syarie di dalam ini, sila komen no.
Telefon anda untuk saya menghubungi berkenaan cerai di luar mahkamah dan kesannya atau memaksa isteri memohon ke mahkamah untuk cerai. Terima kasih admin.