Isu Keluarga

Bila tengok orang check in hotel bila anniversary tiba malangnya kami di rumah nenek belah suami melawat orang tua yg rindukan cicit-cicitnya

Assalam, saya nak tau je ada ke tak sesiapa lagi yang kehidupannya macam saya.. bukan merungut ya cuma saja kongsi. Bila tengok orang lain bercuti ke sana ke mari,

teringin juga ingin merasa setahun sekali, tapi bila teringat suami baru je langsaikan hutang bilik lektrik dan air keluarganya hampir 6k, terus simpan sahaja hasrat itu.

Bila tengok orang lain bersalin ni hospital swasta dapat suami teman di wad, teringin juga rasa seperti tu, tapi bila teringat suami baru belikan kereta cash utk ayahnya, terus m4tikan niat tu sbb taknak bebankan suami.

Bila tengok orang berjalan ke zoo dan playground bawak anak anak kepada dunia luar, teringin juga bagaimana rasanya, tapi tiap hujung minggu mesti bertandang ke rumah ibu ayahnya sehingga lewat malam,

m4tikan saja rancangan itu wlu anak berkali kali minta dibawa ke tempat rekreasi. Sayu lihat anak tertidur dlm kereta kepenatan lewat malam.

Bila tengok orang check in hotel bila anniversary tiba malangnya kami di rumah nenek belah suami melawat orang tua yg rindukan cicit-cicitnya. Entah bagaimana ya rasa menyambut anniversary yang tak pernah kurasa sejak 7tahun perkahwinan.

Bila tengok rakan dapat hadiah surprise di hari jadinya, video video penyerahan kunci kereta baru, jambakan bunga sepemeluk, entah bagaimana rasanya,

tak pernah kuluahkan buat suami bila tengok dia sibuk memikirkan belanja kahwin adiknya.

Kereta adik adik semua dia yg buat bayaran pendahuluan, yuran universiti adik adiknya, ubahsuai rumah ibu dan ayahnya yang menelan 200k, seperti tidak pernah puas dia berbakti buat keluarganya.

Semoga pahala buat suami dan kami isteri serta anak anaknya dapat tempias kebaikan dan pahala dari perbuatan suami. Rakan rakan mohon doa ikhlasku dan tulusnya anak anak berpanjangan. Amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published.