Salam min. Hide profile saya ya min. saya rasa macam nak meluah.. kalau la suami saya ada dalam group ni. Saya harap sgt dia baca. Saya baru jer 47 hari menjalani kehidupan suami isteri. Secara peribadinya. Saya lebih bahagia hidup single..
Apa yang saya lalui tak sama seperti apa yang saya harapkan. Saya rasa saya tak ubah macam maid. Kalau lah suami tahu bahawa pernikahan itu bukan lah hanya utk menghalalkan hubungan s€ks semata2.. Saya tak kisah pasal berapa kali dia nak bersama dalam 1 hari.
Cuma. Saya rasa saya dicari bila diperlukan sahaja. Masa bila nak bersama, masa tu la dicari.. TAK kira waktu. Pagi ptg siang mlm. waktu lapar.. Dicari. Waktu nak baju. Nak itu. Nak ini. Waktu lapang. Dia akan baring dan hadap hp.
Nak berbual bual. Jarang sekali. apatah lagi nak bermersa mesra.. Bergurau senda. Mesranya cuma bila nak bersama. Waktu2 lain. Dia akan habiskan masa berjam jam dgn hp. Saya pulak kena cari aktiviti sendiri.. bla saya nak ajak bual. Setiap perbualan mesti dia akhiri dgn pergaduhan. Mesti dia jadikan asbab utk marah2 saya.
99 hari nikah. Dia dah mula berani2 tarik rambut, cekik leher saya saya tak blh tegur langsung apa yang tak kena. TAK blh luah langsung apa yang saya rsa. Saya tegur elok2 pun blh timbulkan kemarahan dia. Saya rasa macam dia bnci sgt dgn saya.
Baiknya bila nak bersama bila saya tegur Katanya lelaki memang semua akan berkasih sayang bila nak s€ks semata mata sahaja. Yeke min.. Saya tak rasa semua org macam tu pun… Hmmm… Sedihnya kalau semua lelaki pikir macam tu.. baiknya.. Syangnya. Cuma bila nak ajak se€s jer.
Di waktu2 lain. Saya kena cari aktiviti sendiri untuk hilangkan bosan.. mungkin saya kena bela kucing. Supaya hari2 blh bual dgn kucing.. Saya nak kerja. Dia tak bg. Komunikasi sgt2 takde. Bila saya tanya.. Katanya ” abg memang macam ni. TAK bnyk cakap.
TAKde apa nak bual.. So, kena la bersyukur terima seadanya.” masa saya kenal dia dulu min. 24jam nak bergayut. Sampai ke pagi terpaksa layan dia bual… Rupanya semua tu fake. Baru 47 hari min..
Macam mana saya nak hadap hari2 yang akan dtg. mentua pulak ada cakap kat saya.” apapun jadi, jgn pernah tinggalkan anak ibu. Kalau awak ingkar kata2 ibu.
Awak sama macam derhaka kat mak awak sendiri.” saya takde tempat nak mngadu.. ini ke kehidupan yang saya harap2kan… Bukan min.. Terima kasih.. Saya sekadar meluah. Saya isteri yang terluka…