Isu Keluarga

Masa pregnant saya teringin sangat makan nasi lemak masak sendiri tapi malangnya apabila dia tahu saya nak masak nasi lemak tapi dia cepat2 buat bihun goreng

Salam admin. Mohon hide profile saya ya. Saya just nak buat luahan hati sebagai seorang menantu yang tinggal bersama mertua krna suami saya anak bongsu.

Saya dh berkahwin lebih kurang setahun lebih dan dikurniakan seorang anak. Dulu saya berkerja tapi sekarang tidak lg. Dulu masa saya berkerja alhamdulillah semuanya ok saja mungkin kerana saya hanya berada dirumah pd waktu malam kerana siang saya berkerja.

Saya bukan apa min. Ibu mertua saya terlalu judge saya dlm setiap perkara yang saya buat. Saya ingat lg dulu. Masa pregnant saya teringin sangat makan nasi lemak masak sendiri tapi malangnya apabila dia tahu saya nak masak nasi lemak tapi dia cepat2 buat bihun goreng banyak macam nak makan sekampung.

Lepas tu sy terfikir,eh dah dia goreng bihun banyak macam ni,takkan la saya nak masak nasi lemak untuk saya sorg sja. Nanti bihun dia tak laku mula la dia nak perli2 org taknak makan dia masak.

Ibu mertua saya memang sejenis masak tak pernah sikit. Org dlm rumah 3org sja tapi masak macam nak makan sekampung. Saya dgn suami plak memang jenis mkn tak banyak dan takkan makan benda yang dipanaskan berulang kali.

Masa saya pregnant saya alah teruk dan masuk 2nd trimester baru saya boleh masak. Suami pn lg suka saya yang masak. Tapi saya tak paham kdang2 bila saya nak masak ibu mertua saya macam tak bg saya masak.

Dia akn cepat2 masak pastu bila saya menjengah ke dapur dia akan bgtau mak masak ini ini dan cakap “alaa makan jela”. Saya ok saja tak pernah pun tak makan apa yang dia masak.

Tapi memang makan pun bknlah jenis makan banyak berpinggan2. Kadang2 apa yang dia masak tu dia akan perli2 saya tanya eh pandai ke makan? Sebab saya kdang2 tu suka masak macam macaroni,spaghetti.

Tapi takda la selalu. Dah nama pn melàyu bkn nak boleh makan makanan tu setiap hari. Ada masa2 dia la. Kadang2 ringan je mulut saya nak menjawab “mak,menantu mak ni org melàyu, bknnya mtsleh yang tak pandai langsung mkn masakan kg

”Tmbah2 plak sy pn duduk kg jgk. Bknnya beranak celah klcc. Skrg saya dh ada anak. Dia judge saya dgn perli2 saya cakap “kalau maknya rajin masak,makan la si anak tu. kalau maknya malas2,anak tu tak makan la.” Ee sedihnya rasa.

Saya ni takda la rajin sgt pun min. Tapi semalas saya, tak pernah lg makan maggi je kalau terpaling malas pun. Masa pregnant dan alah tu baru start2 kuat saya rajin la masak dan mengemas sikit.

Tu pun dia cakap “kenapa rajin sgt ni mak tak suruh pun.” Pulak dah. Saya pun tak paham ibu mertua saya ni macam mana. Saya rajin pn dia persoal,saya tak buat apa2 nanti dia perli2 plak kata saya pemalas.

Saya memang ada ajak suami sy duduk menyewa diluar disebabkan masih belum mampu beli rumah atas kekangan dia bkerja sorang je skrg.

Tapi suami pun macam berat je nak duduk asing sebab mak ayah dia dh tua. Ibu mertua saya pula dh tak berapa kuat sebab kencing manis.

Saya ok je duduk situ tapi kalau ibu mertua saya berterusan judge saya, perli2 saya atas apa yang saya buat. Saya pun tak tahan. Makan hati jelaa jawabnya.

Jadi tak seronok duduk serumah tu min. Hobi saya memang suka masak, tapi tak boleh nak masak apa saya suka. Kena ikut tekak dan selera ibu mertua saya.

Saya ingat saya menantu yang duduk situ boleh la meringan beban dia tolong2 masak. Tapi tak boleh plak. Mungkin dia nak saya duduk sja jd tuan puteri cukup masa makan dan masuk bilik tidur. Emmmm. Masalahnya saya la yang tak best macam tu. Ntah la. Menjeruk rasa jela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *