Assalammualaikum wbt KRT Fans… Tlg siarkan cerita/persoalan saya ini…terima kasih. Saya ada seorang adik lelaki yang dah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Mereka tinggal bersama ibu saya.
( saya tinggal berasingan dan balik sekali sekala anggaran sebulan sekali dn jrg tidur di rumah mak saya – balik hari). Adik dan isteri bekerja manakala ibu saya tidak bekerja tapi punyai hasil pendptan dari bisnes sndiri.
Buat pengetahuan semua ibu saya adalah pesakit kronik. (bukan terlantar /memerlukan penjagaan) tetapi sgt2 perlu elakkan stress dan kekuatan/daya fizikal tidak sekuat biasa.. Umur 60thn.
Ceritanya tentang rumahtangga adik saya dimana mak saya sudah tidak tahan kerana kekerapan mereka bergaduh boleh dikatakan hari2, tak kira didepan mak/tetamu atau dimana saja.
Adik ipar tidak boleh dicuit sedikit atau sering meninggikn suara walau atas sebab2 kecil (anak menangis, takbw jalan2 etc) sedangkan adik saya menjlnkan tggjwb sebagai suami yg saya rasa takramai suami yamg lakukan pd zmn sekarang.
nafkah isteri, ank, mak, urusan keluarga, malah jaga ank2 dan buat segala kerja rumah. Tak dinafikan hanya isteri yang kenal suami tapi bagi saya keadaan adik saya ni sgt kesian sebab isteri sering maki hamun
Dan mengeluarkan perkataan cerai kalau marah atau tak berpuas hati malah pernah memukul 4dik saya didepan mak saya sndiri berkali2. Adik hanya sabar dan cuba mengalah, sentiasa mengalah.
malah didepan saya, dan ank2 serta suami saya pon mereka bertekak sehingga suami tidak senang utk bertandang dirumah mak saya kerana merasa perbuatan adik ipar tidak menghormati orang terutama mak dan suami.
Malah ank2 mereka pon takut kalau mak ayah mereka bergaduh dn kerap suruh berhenti gaduh. (sedih mak saya tgk keadaan tu). Tapi kami ( saya dan mak serta adik beradik lain) tidak berani nk bg nasihat pd adik / adik ipar sebab takut keadaan jd makin tak terkawal.
Buat pengetahuan semua, urusan rumah mak yg uruskan semua dr memasak, kemas rumah dan membasuh. Mereka balik kerja hanya tgl mkn, jga n tidurkan ank shj. walaupun sabtu ahad, mak juga yg buat semua dan juga adik lelaki. dr membeli brg dapur etc…
Disini saya ingin bertanya adakah adik saya dikategorikan sebagai suami yg dayus sebab tidak dpt mengawal isteri atau ada tak nasihat atau pndangan untuk menyelesaikan masalah ini? Saya kesiankan mak saya skrg ni.