Isu Keluarga

Lama2 kelamaan bila aku selidik sendiri akhirnya aku dah tahu rupanya kakak ipar aku tak tahu siang ayam dan setiap kali dia memang beli stok fillet ayam berkilo kilo dalam peti ais

Hai warga krt, harini aku nak share cerita yang aku tak tahula lawak ke kesian ke malang ke.. Tapi aku share jelah ya.Kami orang k Abang aku berkahwin dengan orang p tapi bermastautin lama di kl.

So memang macam orang kl pure kakak ipar aku ni. Manja manja g├Ędik sikit, happy go lucky tu kot yang abang aku berkenan. Padahal dulu abang ada gf kat k. Tak secantik kakak ipar, tapi fully tutup aurat berstokin semua.

Kami semua suka. Tapi dia pilih kakak ipar yang free hair. Entahlah.Tapi tu bukan kisah yang aku nak cerita. Kisah nya macam ni. Aku tak tahu apa masalah kakak ipar aku suka sangat fillet ayam. Contoh ya, dia memang pandai masak.

Kari, kurma, masak lemak semua pandai. Western lagi lah pandai. Tapi satu je masalah.Aku tak pernah jumpa bahagian lain dalam lauk dia. Takde thigh, takde kepak, takde tengkuk, peha pun takde.Yang ada semua isi ayam isi yang dipotong size sederhana.

Isi saja tak pernah ada tulang2. Mak, kakak2 aku yang lain pun semua perasan hal ni tapi takde siapa berani tanya sebab abang aku ni kaki backup bini dia. Sayang sangat2.

Bayangkan ya, masak lemak semua isi. Kari semua isi ayam. Ayam goreng kunyit pun semua isi ayam. Aku pelik sangattt2. Dari dia mula kahwin sampai sekarang anak nak masuk 2 kakak ipar tengah mengandung sekarang, semua isi ayam je dia masak.

Tak boring ke abang aku. Abang aku dari dulu suka thigh, suka ada tulang2 sikit memang tak suka isi. Tapi pelik sekarang.Dia makan je apa kakak ipar masak.

Lama2 aku selidik aku dah tahu rupanya kakak ipar aku tak tahu siang ayam dan setiap kali dia memang beli stok fillet ayam berkilo kilo dalam peti ais. Dia memang tak reti siang ayam rupanya.

Mula2 aku dapat tau bila abang aku cerita, aku macam nak kondem. Apela siang ayam pun tak reti. Tapi lama2 aku jadi kesian. Aku nekad nak tolong kakak ipar aku. Tapi how to start eh.

So aku decide cuti hujung minggu aku nak datang tidur umah diorang sebab kakak ipar memang selalu ajak. So bermula lah hari pertama kat rumah diorang. Aku rasa marah tengok abang aku macam kvli je kakak ipar aku buat.

Buat airlah kat dia, buat susu anak lah, urut lah. Macam2 lagi. Kesian kat mak aku kalau tahu anak kesayangan dia bini buat macam ni. Tapi second day aku kat umah tu, aku dah ubah pandangan kat kakak ipar.

Dia memang loving dengan anak dia, dengan husband dia. Maybe abang aku tak rasa pun dia kena bvli. Dia rela dibvli sebab dia sayang kakak ipar aku. Aku yang rasa berdosa. Macam2 aku cakap sumpah dalam hati.

Kakak ipar aku baik je cuma kurang dia bab tak reti siang ayam, and freehair tak bertudung. Pakaian dia pun moden. Duduk rumah berseluar pendek je,Gebu je peha betis dari aku yang anak d4ra. Dia walaupun pregnant and jenis dia badan besar tapi still comel.

Aku buang jauh2 dah fikiran jahat kat kakak ipar.Suka pulak tengok loving relationships dia dengan abang aku. Nanti aku kahwin, aku nak jadi macam dia..

Ok start balik,slow2 aku ajar dia siang ayam, siang ikan. And now dia dah pandai. Aku rasa happy dapat tolong dia walaupun at first place aku kondem dia just because luaran dia tak sempurna kat mata aku.

So kat sini aku nak nasihat, kita selalu pandang buruk ipar kita sebab kita tak pandang dia macam family. Kita anggap ipar ni macam orang luar lagi. Tu yang semua tak kena.

Abang kita dah pilih dia, tak pernah hina dia, siapa kita nak kondem dia. Sungguh aku menyesal. And one more things dont ever judge a book by its cover. Actually yang kita duk kondem tula yang baik. Ok je semua. Sporting.

Dalam hati, aku tak pernah putus berdoa semoga satu hari nanti terbuka pintu hati kakak ipar nak bertudung. In Sha Allah. Dan semoga urusan dia nak melahirkan anak kedua dia dipermudahkan. Mohon doa semua warga krt juga ya untuk kakak ipar kesayangan saya. Aminnn..

Leave a Reply

Your email address will not be published.