Assalamualaikum admin. Mohon hide fb ni. Saya guna fb sepupu angkat. terima kasih siarkan cerita saya. saya dah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan 3 org zuriat. Suami penagih dad4h jenis syabu. Sebelum kahwin saya memang tak tahu langsung dia penagih dad4h.
perkenalan saya dan suami bermula ketika ada rakan sekelas(satu kuliah) yang merupakan sahabat baik suami kenalkan dia pada saya. kononnya suami saya ini hafiz Al-Quran ,30 juzuk berserta syahadah 2x disebabkan itu saya menerima dia sebagai suami.
ya memang benar dia hafiz seperti yang diceritakan sahabatnya yang merupakan rakan sekuliah saya itu. tapi yang saya terkilan kerana sahabat suami yg memperkenalkan saya dengan suami tak ceritakan perkara sebenar bahawa suami sy ni penagih dad4h (walaupon hakikatnya dia tahu) ye saya tahu saya bodoh sebab tak siasat habis2.
mohon jangan kecam saya tau. Dipendekkan cerita lepas beberapa bulan berkahwin saya baru tahu kalau suami adalah penagih tapi saya pendam sorang2 dan harapkan suami berubah.
Dia tidak bekerja sehingga saya dikurniakan seorang anak. selama dia tak berkerja tu kami hidup dengan duit PTPTN saya dan juga sedikit duit hasil saya niaga kecilan dan ada juga sedikit duit yangg parent saya kirimkan.
Suami belajar juga time tu tapi malangnya dia tak dapat PTPTN sem akhir tu sebab pointer dia terlalu rendah. masa saya ajak study dia sibuk isap dad4h tanpa pengetahuan saya. hampir setiap hari saya berendam air mata, setelah setahun saya dah tak tahan saya luahkan pada ibu saya pasal suami saya.
Ibu saya sangat marah pada suami saya dan suruh saya bercerai. masa ni saya tengah mengandung anak sulong suami saya merayu2 minta saya beri peluang padanya. Dan janji untuk berubah.
Saya beri dia peluang walaupun ibu saya sgt tidak bersetuju dengan keputusan saya tersebut tapi saya tetap bagi peluang. kami tak jadi bercerai. Suami pon mula bekerja di kilang swasta.
tapi amat mengecewakan apabila saya dapat tahu dia tetap masih lagi mengambil dad4h senyap2. setiap kali kantoi dia akan terus merayu minta maaf dan peluang.. bdohnya saya sebab terus bagi peluang.
Bila saya ajak berubat dia menolak dan kata bahawa dia boleh berubah dan tak perlukan rawatan. Dpendekkan cerita,selepas bersalin anak yang kedua, saya perasan suami semakin berubah ke arah kebaikan..
dia rajin membantu saya buat kerja rumah dan jaga solat. Saya dapat rasakan dia dah tinggalkan dad4h tu sebab perubahan dia sangat positif dan sentiasa bersama saya dan anak2.
syukur sangat saya ketika itu. Tapi malangnya, perubahan baik tu berakhir sejak 5 bulan kebelakangan ini. dan sekarang dia giat mengmbil dad4h kembali. sekarang saya sedang hamil anak nya yang no 4.
dan dia sehingga hari ini masih giat mengambil dad4h tanpa rasa bersalah.. walaupon dia bekerja. Tapi gajinya jadi tak cukup utuk belanja kami sekeluarga. terpaksa meminjam.
Saya dah hubungi AADK beberapa hari yang lalu dan sedang menunggu AADK mengambil tindakan padanya dan saya akan tuntut fasakh setelah dia ditangkap nanti. doakan saya kuat hadapi kehidupan selepas ini bersama 3 org anak dan seorang lagi anak yang bakal lahir.
mohon yang baca kisah saya dan ada pengalaman share kan pengalaman untuk saya yang baru nak melangkah mulakan hidup baru. pengajaran yang saya dapat daripada kisah saya, berhati2 lah dalam memilih pasangan.
sekalipon kita pilih kerana agamanya, tetapi siasatlah dahulu dengan teliti kerana di akhir zaman ini yang beragama juga ramai yang munafik. Wallahualam.