Isu Keluarga

Memang kami pernah berbincang dulu tentang tabiat save gambar itu tapi dia cakap cuma suka tengok gmbar tu jadi dia save dalam phone sahaja.

Assalamualaikum.. Admin saya nak dapatkan nasihat dan pendapat dari kisah saya. Tolong rahsiakan identiti saya ya.
Saya seorang isteri yang sudah memasuki tahun ke 4 dalam alam perkahwinan.

Sesungguhnya saya sgt bertuah dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan tidak berkira dengan saya dalam bnyk hal.
Samaada kewangan, kerja rumah, serta hubungan dgn keluarga kedua-dua belahnya.

Namun sebagai manusia, kita masing2 ada kelemahan. Kelemahan saya adalah kuat cemburu. Walaupun org ckp cemburu tu normal, tapi saya tak pasti tahap cemburu saya ni normal atau tidak.

Kisah ni bukan sahaja tentang kekurangan saya, tapi juga tentang kekurangan suami yang sedang berper4ng dgn tabiat nya sendiri iaitu menyimpan gambar2 wanita dalam phone.

Dia sembunyikan dari saya tetepi saya dapat tahu tabiat dia ni sejak tahun ke 2 dalam perkahwinan selepas saya membuka gallery picture dalam phone nya.

Kami bertengkar. Dia marah saya buka phone(mmg saya salah sbb buka tanpa izin) namun selepas itu saya cuba memahami dia. Dia mmg ada niat dan telah cuba untuk buang tabiat itu, tetapi kadang-kala masih akan ulang semula terutama jika kami bersilih faham tentang seauatu.

Sekarang dia masih menyimpan gambar2 perempuan dalam phone ny. Cuma dah kurang dari dulu. Saya tahu kerana saya selalu buka telefon dia secara rahsia.

Dimana dia sgt benci perbuatan saya itu. Namun saya  tetap buat hingga sekarang secara sembunyi2, terutama jika dia tibe2 seperti mengelak dari saya memegang phone ny(naluri isteri agaknya) .

Apa yg membuatkan saya sgt cemburu adalah disebabkan gambar2 yang disimpan antaranya adalah gambar kawan2 kami bersama di University (kami belajar di tempat yang sama). Saya kenal org2 dlm gmbar tu.

Saya tahu dia xda apa2 sekadar kawan sbb saya cek wasap mereka mmg biasa2 je.
Memang kami pernah berbincang dulu tentang tabiat save gambar itu tapi dia cakap cuma suka tengok gmbar tu jadi dia save dalam phone x lebih dari itu.

Katanya dia suka tengok perempuan bulu kening tebal, berbaju kurung dan bertudung sopan. Mmg gmbar kawan perempuan yg di save tu berbulu kening tebal dan berciri2 seperti itu.

Saya cuba faham perasaan dia sebagai lelaki, cuma saya takut dia ada simpan perasaan pada mana2 perempuan yg di save gambar tu. Saya x berbulu kening tebal dan tidak bergaya orgnya. Sedikit sebanyak saya tetap rasa cemburu kerana saya xda ciri2

itu. Tapi dia xpernah membandingkan saya dengan perempuan lain, kecuali masa awal perkahwinan saya teringat dia pernah suruh saya mekap lukis bulu kening. Tapi saya x pandai jadi dia x paksa.  Saya cuma harap yang dia mmg benar2 simpan gmbar tu sbb suka pada gaya nya sahaja dan x lebih dari itu.

Selain tu saya hanya berdoa sbb hati manusia Allah yg pegang. Saya x boleh nk ubah. Di samping itu saya tetap akan memantau dia. Bukan x nk berbincang, tapi kami dah duduk berbincang 2 kali, tapi dia tetap buat lagi. Jadi ni lah usaha saya yang terakhir.

Berdoa. Cuma persoalan2 di atas mmg akan mengganggu saya.  Sekian luahan saya. Admin klu boleh poskan dlm group sbb saya nk tengok feedback terutama dari lelaki. Sbb lelaki lebih faham kenapa mereka ada tabiat begins. Sekali lagi rahsiakan identiti saya ye… ni pon sy tumpang fb kawan. thanks ye admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *