Isu Keluarga

Yang paling sangat menyedihkan dia suruh Saya berseronok Macam Biasa sebab katanya dia tidak suka tengok Saya cemburu,

Slm min, saya ni nak tanya la pada kaum adam kan. Suami Saya ni ego tggi sgt. Saya dh give up dgn dia. Adakah patut dia kawen senyap2 lepas Saya dpt tau dia paksa Saya untuk terima semua Ni.

Yang paling menyedihkan dia suruh Saya berseronok Macam Biasa sebab katanya dia tidak suka tengok Saya cemburu, Kalau Saya nangis dia marah Saya dia Kata Saya ikut Syet4n. Pelik la dia Ni.

Oh ye, untuk pengetahuan,  Suami Saya memang baik n bertanggungjawab orgnya, saya pun sgt sayangkan dia. Usia perkahwinan Kami dh dekat nak Masuk 8tahun. Sebelum Ni Kami memang bahgia sgt2 Alhamdulillah.

Dia pun pernah bagitau Saya yang saya adalah anugerah terbaik untuk dia sb dia sendiri Kata Saya ni dh beri layanan terbaik untuk dia. Cantik,  baik, panda layan Suami n pandai buat semua benda.

Dia cakap tu. Tapi at the same time dia kerap gurau dgn Saya Pasal nak bagi Saya madu. Saya pun layan je la gurauan tu meskipun hati sikit terusik kan sb saya memang percaya Kat Suami saya yang dia tak kan lukakan hati saya.

Saya tak sangka dlm gurau2 tu dia memang Ada niat tersembunyi. Hancur luluh hati Saya bila dpt tau yang dia dh pun kawen senyap2. Dia saja nak Cari penyakit dlm rumahtgga Kami.

Sb dia bukan Ada awek pun,  dia saja p Cari pompuan Kat perkhidmatan jodoh Kat Muslimah tu ha. Bukan dia kenal sgt pun. Dorang baru 3bulan kawen. Saya tak bole nak salahkan pompuan tu pon sb memang laki Saya yang sendiri yang gatai.

Saya mintak cerai dia tak bagi,  dia kata dia masih sayang saya n tak nak lepas saya. Saya pun cakap la yang saya tak mampu nak terima semua Ni,  saya dh tak rasa seronok dgn perasaan cemburu ni.

Tiap kali Saya nangis dia tak pedulikan saya,  dia Kata saya ikut hasutan Syetan je. Saya dh merayu Kat dia Saya memang tak mampu nak melawan rasa jeles ni, pedih sgt terasa bila saya jaga anak2 yang masih kecik2,

bila mlm dia tak balek rumah anak2 merengek tanya pak dia, saya hanya mampu menitiskan airmata. Tiap kali Dia nampak saya nanges dia marah saya n Kata, b nak kawen berapa ramai pun tu hak b ayang tak dak hak nak Masuk campo. Sombongnya ayat dia.

Saya dh give up sgt2. Untuk apa teruskan Kalau Saya dh tak bahgia?  Hari2 menangis mengenangkan Suami yang disayang tgh beseronok dgn pompuan lain, manakala Saya penat jaga anak2 sorang

.Kesian anak2 Saya kena tempias kerap tengok Saya bersedih n nangis hari2. Saya Kalau frust tambah2 nak dtg haid kadang Saya jd baran dgn anak. Marah anak2 pastu Saya sendiri menyesal sb dh bekasar dgn anak2. It’s out of control.

Td pagi saya nekad bagitau dia “b cakap b pening tengok sayang nangis hari2 kan, b tak suka tengok ayang jeles kan, fine la Kalau Mcm tu ayang nak mintak izin balek kg ayang kena belajar untuk lupakan b n buang perasaan cinta Ni,

supaya tak de dah jeles2 semua. Ye la,  Kalau ayang dh tak cintakn b automatically ayang dh tak de dh nak jeles nangis apa suma kan”

Dia Terus tak mau pandang muka saya,  tak nak tido dgn Saya, tak nak makan masakan saya,  tak nak cakap dgn Saya. Dia Kata saya dh derhaka Kat dia sb mintak cerai tak Secara langsung.

Nak tanya la Kat kaum laki Ni kan..Saya ni nak kena buat Mcm mana supaya Suami faham derita bathin Saya ni. Apa agaknya yang Suami Saya rasa Kalau Saya cakap yang saya kena buang perasaan cinta kat Suami Saya.?

Adakah dia akan menyesal dgn perbuatannya ataupun dia betul2 akan tinggalkan Saya Demi bini baru tu? Saya ni rumahtgga Kami bahgia Mcm dulu tanpa Ada org ketiga. Mohon pencerahan.  Tq min.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *