Salam Sejahtera. Tolong hide profile saya ya. Sebenarnya saya tiada masalah rumahtangga cuma saya ada masalah dengan orang sekeliling saya. Beginilah cerita dipersimpangan dilema berlaku.
Saya seorang penjawat awam telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Suami saya juga seorang penjawat awam badan beruniform. Kami tinggal di selatan tanah air.
Kisah bermula ketika saya lapor diri bertugas di tempat saya kerja sekarang 10 tahun yang lepas. Bekas tunang saya juga bertugas di tempat yang sama.
Ketika itu saya dan dia masih bujang tetapi dia telah bertunang dengan perempuan yang menyebabkan pertunangan kami putus beberapa bulan sebelum kami menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.
Seawal saya bertugas di situ, kami saling membenci dan tidak bertegur sapa. Tidak lama kemudian dia pun berkahwin dan sekarang telah mempunyai seorang cahaya mata.
Saya pula berkenalan dengan suami 3 tahun selepas itu dan mengambil keputusan untuk berkahwin tidak lama kemudian. Alhamdulillah rumahtangga kami bahagia.
Bermulalah episod kepada semua orang sekeliling cemburu kepada saya apabila saya dengan bekas tunang kembali berbaik dan rapat.
Memang saya akui apabila kami kembali rapat, kami selalu berdua kemana sahaja, kerja berdua, makan berdua, sehinggakan pakaian kami pun sedondon setiap hari.
Tapi orang sekeliling pula sakit hati dengan keadaan kami padahal kami hanya rapat di pejabat sahaja. Sehingga kini telah bertahun berlalu dan kami masih rapat walaupun kawan sekerja mengeji hubungan seumpama “bel4ngkas” kami.
Apa yang perlu saya lakukan lagi. Untuk pengetahuan semua, kami bekerja 1 deparment. Di rumah, saya milik suami dan keluarga tetapi di pejabat saya milik awam. Jadi saya rasa saya tak bersalah pun bila saya rapat dengan bekas tunang saya.
Pasangan kami masing – masing tidak mengetahui hubungan rapat kami malah mereka tidak tahu kami 1 department kerana kami tidak saling contact setibanya di rumah.
Tetapi rakan sekerja inilah yang menyebabkan saya sakit hati kerana mereka cemburu dengan kami.
Tolong saya beri pendapat apa yang perlu saya lakukan sekarang sama ada jauhkan perhubungan dengan bekas tunang saya ataupun saya perlu abaikan sahaja pandangan rakan-rakan sepejabat terhadap kami.
Sejujurnya masih ada sekelumit perasaan sayang pada bekas tunang tetapi apakan daya masing-masing sudah dimiliki.