Assalamualaikum admin. Saya nak cerita kisah hidup saya..saya da berkahwin 8thn ada 4org anak. Suami saya kerja kerajaan. Masa mula2 berkahwin dia kerja biasa dia dapat kerja kerajaan lepas saya bersalin anak pertama.
Masa saya dalam pantang suami tuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain pastu dia kata saya pernah tidur dengan ex boyfriend saya sampai dia pukul saya. Masa kejadian tu dia tengah lalok sebab ambil d4dah..
saya buat repot tapi sebab mak dia merayu saya tarik repot. dia janji nk berubah. saya bagi dia peluang sebab fikirkan anak yg baru lahir.
Lepastu dia dapat posting ke saràwak saya tak ikut dia sebab saya bekerja tapi masalahnya semasa dia kat saràwak hari2 call tanya buat ape msg kalau saya lambat msg pn dia kan call sampai saya jawab call.
Pernah sekali saya lambat angkat call dia tuduh saya curang pergi dating dengan lelaki lain. Lepas beberapa bulan dia dapat tukar selangor. masa dia dapat tukar saya gembira sangat sebab lepas ni tak payah dia tuduh saya macam2 lagi.
Lepas saya dapat anak no 2 dia buat perangai lama balik. kawan dengan budak hisap d4dah tuduh saya ada skandal tidur dengan lelaki lain hari2 maki saya placu perempuan tak guna sampai satu hari tu saya hilang sabar.
saya lari pergi rumah mak saya. dia buat kecoh dtg ketuk pintu malam2. buat kecoh kat tempat kerja saya. Saya sabar je alhirnya Dia janji akan berubah dan mulakan hidup baru.
Lepastu saya bagi dia peluang dia ajak saya pindah dekat dengan tenpat kerja dia. Saya berhenti kerja ikut dia. Sampai mak saya marah kat saya sebab ikut dia. Berbulan saya tak cakap dengan mak saya.
Hari2 saya call cuba bercakap dengan mak saya smpai satu hari mak saya maafkan saya dan suami saya. kami pun beraya rumah mak saya.
Balik kampung dia. Lepastu dapat anak no 3 memang nampak suami berubah. Bile dapat gaji bawa saya dan anak2 jalan. Masa tu rasa bahagia sangat.
lepas beberapa tahun dapat anak no 4 dia pergi kerja kadang pergi kadang tak pergi alasan dia tempat kerja jauh. Sekarang ni saya tengok dia malas nak pergi kerja.
Hari2 tuduh saya placu tidur dengan lelaki lain. saya tak tahu nak buat pe. Saya minta tolong mak mentua dia suruh sabar tapi saya da malu dengan jiran2 semua. Hari2 dia mengamuk kat saya.
Selalu dia kata saya ada bawa lelaki masuk rumah main depan anak..Ya Allah sampai macam tu sekali dia tuduh saya. Sekarang saya mengandung anak ke 5 pula.
Saya dah tak tahan hidup macam ni dalam masa yg sama saya risau anak tiada ayah. nak keluar dari rumah tapi saya tak tahu nak pergi mana. Nak balik rumah mak saya tak boleh sebab adik saya semua duk sana rumah pn kecil.
Sebelum ni adik saya sewa rumah di luar. kesian kat anak2 nanti tak ada tempat tidur. nak makan pun tak ada duit. Hari2 makan nasi dengan kicap je. Kadang ada jiran bagi makanan untuk saya dan anak2.
Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa lagi masalah saya. tolongla bagitau pe yang saya perlu buat sekarang ni. saya buntu sangat.