Isu Keluarga

Ceritanya dia boleh tipu aku selama setahun kononnya dia berada di Sabah kerana syarikatnya memerlukan dia menjaga site disana

Hi min, ini kisah kawan saya ye. Dia minta tolong saya share dalam group ini.
Begini ceritanya, aku isteri yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang meningkat remaja. Umur aku 40an.

Aku mempunyai seorang suami yang bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas yang terkenal di tanah air. Dia sangat dikenali ramai begitu juga dengan aku. Masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri.

Masalah aku sekarang ialah suami aku tu . Aku bagaikan ditipu hidup-hidup. Ceritanya dia boleh tipu aku selama setahun kononnya dia berada di Sabah kerana syarikatnya memerlukan dia menjaga site disana. Aku pula seperti biasa la.

Percaya sangat kata dia. Sebelum ini jika dia balik dari oversea, memang tak sah jika dia keluar malam minggu dengan alasan nak jumpa kawan . Keesokan paginya baru balik rumah.

Bila aku tanya kenapa, dia kata kawan ajak sambung minum kat rumah. Aku was-was. Tapi aku biarkan saja dulu. Tahun lepas bila Pm yang lama umumkan lockdown dia mcm rimas duduk rumah.

Bila dah boleh rentas negeri buka September tahun lepas dia bagi alasan yang dia perlu ke Sabah. Baru semalam dia balik rumah setelah setahun lamanya dia kat sana. Selama dia di “Sabah” dia langsung tak call.

Bila anak-anak nak video call, dia kata Line internet tak kuat. Semalam tergerak hati nak cek handphone dia. Ternyata Tuhan nak tunjuk yang dia bukan pergi ke Sabah untuk bekerja tetapi bercuti dengan pel4cvr Vietn4m.

Bila dia habis bercuti terus dia balik ke KL dan menetap di tengah bandar KL di Bukit Bintang. Macam mana aku tahu? Aku cek semua gambar-gambar dia bersama pel4cvr tu dan tarikh pada gambar mereka.

Aku siap cek kat mana mereka tinggal selama setahun ini. Hati aku retak.. hancur… Aku bersusah payah nak besarkan anak-anak dia, boleh pula dia berjoli dgn pel4cvr j4l4ng tu.

Kami kat rumah makan apa yang ada. Terpaksa berjimat sebab teringat dia terpaksa gunakan duit utk menampung kos dia kat “Sabah”. Rupa-rupanya dia makan sedap-sedap dengan pel4cvr tu.

Boleh celebrate birthday pel4cvr tu di restoran mewah berdepan dengan KLCC. Bila aku dapat tau, aku tenangkan diri. Saja aku bagitau dia yang member aku ada terserempak dengan dia di KL.

Tapi dia tak mengaku. Masih juga kata dia memang kat Sabah. Aku sampai sekarang berlagak seperti biasa. Seolah olah aku tak tau pasal dia.

Esok dia kata nak ke Sing4pore sebab nak fly ke negara musim sejuk. Kami 3 beranak nak ikut dia hantar ke airport tapi dia tak bagi. Alasannya kat airport ada C0VID.

Dia ingat aku tak tau ke dia nak jumpa pel4cvr tu lagi. Aku sedih tengok anak-anak yang mempunyai bapa yang kaki pel4cvr. Pel4cvr tu jadi perempuan simpanan dia dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *