Isu Keluarga

Ya dia memang ada minta kebenaran saya untuk pergi tapi bila saya kata tak payah terus dia cakap juga nak pergi

Assalamualaikum,admin..sila hide profile saya ye. saya dan suami telah berkahwin 6tahun. Dikurniakan anak 2 orang (perempuan) & saya masih dalam tempoh berpantang.. hari ke 34hari.

dalam tempoh berpantang ni.. suami hanya sibuk dengan kawan kawan kelab kereta. kerja 6hari dalam seminggu. Balik pukul 7.30mlm. Tapi dia tak terus balik. Mesti melepak dulu sampai pukul 11malam.

Saya nie macam tak berpantang pun ya. Dengan nak melayan anak berumur 3tahun lagi. Dalam tempoh 3minggu berpantang mak saya ada lepas tu saya berpantang sendiri, masak sendiri, kemas rumah sendiri.

pada awal berpantang, macam tak berpantang. ulang alik hospital & klinik. hujung minggu ni dia sibuk pula nak pergi perjumpaan kelab kereta di luar kawasan.

Ya dia memang ada minta kebenaran saya untuk pergi tapi bila saya kata tak payah terus dia cakap juga nak pergi, serupa tak payah tanya saya.

Anak anak langsung dia tak layan. Dia balik, anak yang sulung da tidur. saya nak cakap lebih lebih nanti dia kata dia dah penat pergi keja. saya dah kuat untuk buat semua kerja rumah.

Sebab luka bersalin dah elok. Saya punya jahitan sampai dah tak cantik di sebabkan banyak buat pergerakan. Mohon pendapat semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published.