Isu Keluarga

Untuk pegetahuan anda semua anak saya sendiri sekarang panggil saya pakcik sedangkan saya adalah bapa sebenarnya tapi saya redha sahaja mungkin balasan yang saya prolehi agaknya

Salam semua warga krt. Sudah hampir 15 tahun saya bercerai dengan isteri pertama saya. Sekarang saya sudah berkahwin yang baru agak sudah  6 tahun lama nya.

Semasa perkahwinan yang pertama, hampir 3 tahun kami bersama dan kami mempunyai zuriat lelaki skrg berumur 6 tahun.

selepas 3 tahun kami pun sudah becerai di sebabkan pihak ketiga masuk campur terutama mak mertua serta adik beradiknya masuk campur di sebab kan mulut orang yang mengatakan saya gila harta,

sedangkan saya mencari rezeki atas usaha saya sendiri sahaja. Dahulu perkahwinan kami memang tidak di restui di sebab pelbagai saudara mara saya tidak menyukai keluarga mertua saya termasuklah mak bapa angkat saya sendiri

Sedangkan ia satu kampung saya pun tidak faham. Semasa itu mak bapa angkat saya tidak sihat, bapa saya kencing manis teruk sampai kena potong kaki sekarang ia sudah arwah,

mak angkat saya pula sakit lumpuh sebelah badan tapi ia kembali pulih, tidak lama selepas itu ia pun meninggal  selepas dua bulan arwah bapa angkat saya meningal.

Untk pengetahuan semua semasa mak dan bapa angkat  saya sakit saya telah di halau keluarga saya sendiri.

Semasa itu sye mempunyai adik beradik angkat seramai 4 orang dua lelaki dua perempuan semua masih sekolah rendah, tapi mungkin sudah besar panjang dan berkerja agaknya.

Dahulu semasa adik- adik angkat masih kecil, saya lah yang menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Saya selalu kena rotan di sebabkan saya b0do belajar dan juga nakal di sekolah dahulu.

Paling sedih saya pernah di pukul dengan ekor ikan p4ri di sebabkan kantoi ròk0k jatuh d poket saya, tu memang kesalahan saya. Zaman sekolah sapa yang tidak nakal.

Saya benikah untuk isteri pertama saya masa itu tujuan adalah untuk menjaga orang tua saya yang sakit, sebelum kahwin semua nampak bagus di mata saya.

Tapi selepas kahwin keluar perangai asal  sampai saya rasa menyesal. Punca saya rasa menyesal adalah. Ia taknak ikut saya pindah di rumah saya sewa hanya hendak duduk rumah mak nya sahaja,

sedangkan rumah maknya ada abang dan adik beradiknya yang lain. Semasa lepas akad nikah selepas seminggu di rumah mak mertua saya, saya ajak bekas isteri saya duduk bersama alhamdulilah ia mengikut saya.

Semasa duduk rmh sendiri selama dua bulan saya sangat bahagia, tapi selepas sebulan dia nak balik rumah mak mertua saya dan terus melekat sampai saya becerai.

Pelbagai cara saya usahakan untk ia ikut saya tapi masih macam tu. Pelbagai alasan ia beri ia kata jumpa hantu la, ada orang kacau la dan sebagainya.

Sampai saya tidak tahu nak buat macam mana. Bila di rumah orang kita sbg suami mmg tidak bebaskan.

Saya cuma atenden pam minyak sahaja, gaji bersih pun rm 700 sebulan kalau ada ot baru dpt rm 1100 kalau ada ot. Masa tu hanya ada moto buruk sahaja.

Rumah  pun sewa hanya rumah kampung berhampiran dengan pantai. Bila saya dapat anak lelaki saya bersyukur sesangat, tapi sayang ia tidak membesar dengan cara saya hanya mak mertua serta adik beradiknya banyak memberi wang dan segalanya,

masa tu memang sya tegas dan bebincang tapi itu semua ia tidak layan. Sampai satu tahap ia pernah berkata ko tu dah la gaji kecil serta memaki sahaja saya tapi saya tetap diam seribu bahasa.

Sampai satu tahap saya hilang sabar, saya marah bekas isteri saya kenapa buat saya macam nie. Untuk pegetahuan semua anak saya sekarang panggil saya pak cik sedangkan

saya adalah bapa sebenarnya tapi saya redha sahaja mungkin balasan yang saya prolehi agaknya.  Saya sedar sudah agak lama saya tida berjumpa dengan anak saya cuma bagi duit sahaja..

saya tahu saya salah dari segi hal ini. Hal saya paling takut adalah pergaduhan dengan abangnya.

Sebab sebelun saya nk becerai saya pernah nak begaduh dan bep4rang nasib tidak m4ti sahaja salau sorang tu yang buat saya seriau.

Bekas isteri saya yang minta cerai , sedangkan masa itu saya hanya ada keluarga kecil saya sahaja. Mak bapa saya semuanya meningal yatim piatu.

Saya pernah rasa nak bvnv diri terjun dari jabatan dan pelbagai cara ingin bvnv diri tapi semua tidak jadi. Sedih pedih rasanya. Sye di halau keluarga saya, di halau tuan rumah, sehelai sepingang saya.

kerja pun d berhentikan hanya mampu meminta sedekah kepada yang mampu beri saya duit sampai minum pun air sungai atau air longkang. Untuk makan  hanya makan sisa makanan orang sahaja.

Hampir dua tahun  saya menderita sebagai orang gil4, tapi sekarang sye sudah pulih tapi sekarang sye masih memikir kan nya lagi,

skrg sye sudah dapat kerja kilang tu sebab sye mampu bayar nafkah anak saya tpi tidak banyak la. Itu pun isteri saya yang selalu ingatkan saya, sbb kadang- kadang saya lupa.

Saya selalu mendoakan kebahagian orang yang hina saya dan caci saya semoga di rahmati oleh Allah S.W.T serta anak-anak saya tidak lupakan saya. Saya nie pun tidak tahu berapa lama boleh hidup.

Jika bekas isteri saya membaca kisah saya ini, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ini la nasib saya dan saya terima seadanya. Jika nukilan saya ini betaburan saya minta maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *