Isu Keluarga

Ceritanya masa lepas solat jemaah Allah gerakkan hati saya untuk buka wallet dia tetiba dalam tu gambar saya dan anak2 dah tak ada tapi ada kad kerja perempuan lain.

Salam .. minta hide acc ni ya sebab saya pinjam acc adik saya. Cerita nya bermula
Suami saya bekerja di oversea So kami pjj. Dah 5 tahun dia di sana. Tapi dalam 2 tahun ni dia dah dibuang kerja tapi ada masalah untuk balik sini.

Sekarang alhamdulillah dia dah balik. Tapi yang buat saya sedih bila 2 minggu lepas dia balik. Ceritanya masa lepas solat jemaah Allah gerakkan hati saya untuk buka wallet dia tetiba dalam tu gambar saya dan anak2 dah tak ada tapi ada kad kerja perempuan lain.

Saya tanya dia baik2 dia marah saya. Kenapa buka wallet dia.. Memang selama perkahwinan kami, kami tak pernah cek hp & barang peribadi masing2. bagi kami tu P&C.

Tapi malam tu Allah gerakkan saya untuk buka wallet dia. Saya siasat sampai saya dapat tahu ada orang kata dia dah nikah dengan perempuan tu

Min. Perempuan tu orang malaysia juga tapi menetap di negara yang sama suami saya kerja. Sebab dia pun kerja sana. Sedih hati ni. Selama 2 tahun kami tak jumpa siang malam saya doa moga Allah permudahkan urusan dia untuk pulang .

Tapi bila balik ni yang saya dapat. Saya tanya dia. Tapi dia cakap dia tak kahwin dan tak kenal perempuan tu. dia jumpa kad tu. Ya Allah , sumpah saya tak percaya. Sekarang hati saya dah cukup tawar dengan dia.

Tapi saya fikir anak saya kecil lagi. Saya surirumah. Ada yang suruh saya pergi cek jakim. boleh check kalau betul dia dah berkahwin. Tapi saya tak tahu cara untuk buat. Saya minta jasa baik pembaca kalau siapa yang tahu macam mana cara untuk saya buat

Hati saya sedih saya tak tahu nak luah pada siapa. Saya tak bersedia nak cerita pada keluarga. Dari hari saya tahu kisah tu saya tengok anak , hati saya sedih ,saya menangis.

Hari2 saya berdoa pada Allah moga beri kekuatan pada saya. Minta tolong sangat macam mana cara untuk saya buat sekarang. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.