Isu Keluarga

Ceritanya saya dulu pernah pakai sirap je kat bibir sampai bibir jadi gatal2 bengkak  apa salahnya saya beli lipstik tapi mil cakap dulu dulu tak pakai mulut merah mekap2 bagai buat habis duit je.

Usia Perkahwinan kita orang dah 11 tahun dah kita orang pun dah pernah tingal rumah sewa dulu 3 tahun je. lepas tu kena stay dengan mertua 8 tahun tapi kejap rumah mak saya kejap rumah mil la.

anak pun dah besar yang sulung pun dah 11 tahun. paling kecik 3 tahun ada 2 orang seusia  sorang lelaki sorang perempuan. yang lelaki kakak saya jaga kerana dia tiada anak.

Jadi anak saya anak lelaki itu kerana saya menyusu  masa pantang yang bongsu saya terima anak angkat sebab tu jadi 5 orang. Tapi saya pantang dirumah mak saya. Jadi tingal 4 orang je la..

sampai 4  bulan bagi susu jaga. anak kak saya ambil la.. Kalau saya pantang dirumah mil pun masa awal kuning Je balik rumah mil saya akan buat sendiri. basuh baju. masak. mandi anak sebab saya ni tak nak menyusahkan mil saya..

pantang macam tak pantang. Sampai habis 15 hari dah baru saya boleh balik rumah mak saya. Baru mil lepas balik dia suruh stay dirumah dia nak main cucu baru. bila blik rumah saya saya pun seperti biasa macam tak duduk dalam pantang saya buat kerja rumah sapu2.

Basuh, masak. mak saya ckp mana boleh bergerak laju begitu. saya cakap tak pe saya sudah biasa. dari anak pertama lagi..mil saya cakap dia dulu  lagi teruk zaman dulu2 kena buat kerja.

Cuma orang sekarang ni ja senang tak buat kerja bila dalam pantang. sebab tu saya buat semua sendiri.Tapi bila anak2 dia balik pantang boleh pulak layan elok suruh duduk jangan bangun nak apa semua mil sediakan atau minta saya tolong uruskan.

Saya lah jadi yang kena masak basuh, sidai lipat, mandi ank dia orang… dengan ank2 saya lagi..nak uruskan semua Setel sya uruskan.. semuanya.Sampai ke bilik angkat makanan nampak tak anak dia layan macammana.

Semua saya kena tolong sebab saya stay situ. macam bibik pun ada. Dah badan tak terurus..kusut Masai..stay kat dapur je .buat itu ini ..pastu kata la badan tak reti nak urus muka tak reti nak bersiap.

dengan berminyak berpeluh. Sekarang ni saya beli barang kosmetik pun bukan banyak pun seperti jamu vitamin c dan saya ni suka mekap jenis simple ja. pakai foundation dan lipstik yang boleh letak kat pipi ja yang tahan lama berbulan2..

tak de la macam korang lain suka pakai bulu mata palsu  ke dan yang lain.. bedak2 memang saya tak suka pakai. Simple je. Saya tu pun dah kena kecam nampak lawa sikit ja dah kena la..badan pun dah slim. sebab tak makan,hanya makan pagi je.dan minum air memang turun la berat badan..

Saya dulu pernah pakai sirap je kat bibir tapi tu sirap tu botol lama..entah la..bibir jadi gatal2 bengkak..so apa salahnya saya beli lipstik yang tahan la..yang boleh rawat bibir ni..siap boleh letak kat pipi lagi..tanpa mudarat.

tu pun saya beli guna duit sendiri..Tapi tu la..mil tak tahu..mil cakap la..mil dulu dulu tak pakai mulut merah,mekap2 bagai..buat habis duit je.. maksud nya habis duit anak dia la..Ala nak cantik pun bukan untuk siapa untuk suami saya juga.

Saya pun dah nekad nak ubah penampilan kalau huduh suami layan pula. Sebab itu kena jaga cantik didalam dan luar bagi sihat.. Walaupun guna duit sendiri..tapi suami pun dah makin jelas wow cantik sekarang ni.

badan pun slim..wajah pun dah tak kusam berminyak..sebab cakap kat suami sebab tu la bagi duit kat isteri beli barang untuk jaga aset dalaman dan luaran..Dia cakap dia tak mampu..Saya cakap kalau tak mampu tak pe biar saya yang beli sendiri.

nak cantik isteri siapa abang juga. Tahu pun sayang isteri. Sebenarnya. suami mana tak sayang isteri nya. Cuma kita orang perempuan ni kena jaga aset dalaman.. penampilan diri..baru ada aura nampak cantik kembali.

Cari la dan usaha la.. Kalau badan besar orang kata..hitm pun orang kata..huduh pun orang kata..segak lawa pun orang kata…kurus pun orang kata.. apa sebenarnya yang tak kena? Pun tak tahu la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *