Isu Keluarga

Saya seorang ibu megandung anak ke3 walaupun suami tinggalkan kami tapi dia masih bertanggungjawab siang dia akan dtg jenguk budak

Assalamualaikum admin, mohon hide kan profile sy. Saya seorang ibu megandung anak ke 3 due bln 12, anak dah ada dua org masih kecil lagi.

ceritanya begini suami tinggalkan kami, tapi masih bertanggungjawab siang dia akan dtg jenguk budak, malam dia akan balik ke rumahnya.

saya menumpang rumah parents. Mom semua, apa perlu saya buat? suami dah takmahu tinggal bersama saya, dah pujuk yg tapi tak menjadi juga.

kami belum bercerai dan suami tak cakap pun nak cerai cuma dia cakap dah tak nak tinggal serumah dengan saya. mom saya sangat2 stress dengan keadaan mengandung lagi dan tak ada income untuk survive.

saya tak maklumkan lagi dengan keluarga hal ni. saya sayang hubungan kami, MMG salah saya juga mom, sbb sebelum ni terlalu fokus kerja dan cari duit untuk keluarga sampai kan bila balik rumah dah terlalu penat untuk urus rumah.

skrg saya baru ditamatkan kontrak dan menganggur. saya stress mom, sampai tahap anxiety. saya takut saya terlepas marah atau tekanan dengan Anak2, saya cuba kawal diri saya.

mom semua doakan saya kuat dan permudahkan lah hubungan kami. namun jika tiada jodoh doakan saya redha dan lapang dada.

saya tahu suami bukan takmahu kerja tetapi bukan mudah cari kerja, sebab tu saya usaha bantu. walaupun tak kerja spjg pandemik, dia yang banyak aturkan rumah dan jaga budak. saya doakan dia murah rezeki.

andai masih boleh perbetulkan segala salah faham akan saya perbaiki. masalah kami ni benda2 kecil dan remeh tp bila dah lama berkumpul jadi masalah besar. wahai suami ku ampunilah dosa2 ku.. aku cuba jadi isteri yang baik buat mu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.