Isu Keluarga

Ceritanya Individu terbabit melihat suami saya dari atas sampai bawah semasa mandi walaupun suami saya bertindak dengan  tunjuk j4ri teng4h di hadapan beliau

assalamualaikum dan hai semua pengamal muka buku yg dikasihi. saya merasa bimbang dan takut ketika ini. ceritanya bermula apabila suami saya pergi ke kursus di sebuah negeri di utara tanah air.

Suami saya seorang anggota keselamatan. baru ini suami saya mengadu bahawa tidak selesa dan tidak suka akan perlakuan yang dilakukan oleh salah seorang penuntut kursus yang sama dengan suami saya.

Ceritanya Individu terbabit melihat suami saya atas bawah semasa sedang mandi walaupun suami saya bertindak dengan  tunjuk j4ri teng4h di hadapan beliau, beliau masih lagi suka melihat suami saya mandi sehingga memuji ” tubuh badan suami saya”.

semalam suami saya memberitahu yang individu tersebut menciom bahunya sambil bercakap “sed4pnya bau” walhal suami sy ketika itu baru sahaja selesai berlari dan berpeluh-peluh.

pada saya individu terbabit terlalu melampau dan sikap beliau sangatlah tidak boleh diterima pakai. saya cuba meminta suami bertegas ,pada mulanya suami takut kerana tidak mahu di katakan “tidak boleh menerima gurauan/ tidak mahu bermasam muka / takut orang disekeliling mendakwa bahawa suami saya G4Y”.

Suami saya hobinya suka sangat tidur sebab beliau selalu kepenatan semasa bertugas. sekarang suami saya takut untuk tidur kerana khuatir jika individu terbabit baring sebelah dan cuba melakukan perkara tidak senonoh.

mohon pengamal muka buku di dalam KRT memberi nasihat dan cadangan yang masuk akal untuk suami saya lakukan jika individu terbabit sekali lagi melakukan perkara yang tidak waras seperti itu lagi. admin sila hide kan profil saya.terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *