Isu Keluarga

Ceritanya suami ada perselisihan faham dengan keluarga saya sampai hubungan sesama besan memang agak renggang saya tersepit antara suami dan ibu sendiri serta mak mertua

Salam min. Hide profile saya. Saya buntu dan mohon pendapat dari semua. Saya suri rumah dah berkahwin selama 4tahun belum dikurniakan anak. Suami alhamdulillah ok baik bukan kaki baran atau pukul.

10tahun usia perkenalan kami. Saya stay dengan dia, setia dengan dia dari dia zero sampailah keadaan dia stabil sekarang. Dan selama dia susah, saya akui banyak saya bantu dia untuk bangun sampai ke tahap ni.

Saya jenis seorang yang kalau dah sayang dan cintakan orang tu,sanggup buat apa saja asalkan dia tersenyum bahagia. Sehinggakan sanggup korbankan hati dan perasaan sendiri untuk jaga nama baik dia depan ibu saya dan mak mertua.

Ceritanya suami ada perselisihan faham dengan keluarga saya sampaikan hubungan sesama besan memang agak renggang saya tersepit antara suami dan ibu sendiri serta mak mertua.

4tahun perkahwinan, selama itu saya tak dapat beraya bersama dengan keluarga saya. Tak dapat rasa suasana berkumpul bersama dengan keluarga saya sebab dia sentiasa dahulukan keluarga dia.

Tiap kali suarakan pasal keluarga saya atau ibu saya dia akan melenting,emosi,berangi kalau berbincang. Ye saya tau, manusia ni tak sempurna. Ibu pun boleh lalukakn kesilapan.

Kerana kesilapan ibu tu buatkan dia dendam dengan ibu dan bawa saya jauh dari ibu. Kerana sayang dan taat pada suami, saya turuti semua kehendaknya. Jauh dalam sudut hati sangat rindukan ibu dan ayah dikampung.

Hanya mampu call untuk tanya khabar. Saya tau ibu juga berkecil hati dengan kami berdua. Maafkan anak mu ibu. Masuk tahun ke dua perkahwinan, layanan dia pada saya mula dingin.

Saya seorang yang manja,periang,ceria dan sentiasa lakukan sesuatu untuk ceriakan suasana. Suami pula sejenis mahu menerima segalanya tanpa membalas balik kasih sayang pada saya.

Ibarat ingin dilayan seperti raja tapi isteri mengemis kasih sayang macam hamba. Tanggungjawab semua sy laksanakan walau dalam hati penuh luka,saya pendam untuk bahagiakan dia.

Lama kelamaan,rumah terasa sunyi,gelak tawa saya hilang entah kemana,saya mula pendam perasaan tiap kali terluka dengan sikap suami yang mula berubah. Bukan tak berbincang, tapi setiap kali berbincang pengakhiran hanya memihak pada suami.

Dan saya,hanya mampu angguk tanda faham dan taatkan dia. Sampai satu tahap,rasa cinta pada suami dah hilang. Hilang sepenuhnya. Dan saat itu baru suami perasan perubahan saya satu persatu.

Baru dia gelabah bila saya sebut untuk berpisah. Saya dah tawar hati dan tak boleh terima dia lagi. Perasaan ni sakit untuk bertahan.

Dia berubah dalam waktu yang singkat untuk menangi hati saya, mula jaga tutur kata dan sikap,layan saya macam permaisuri tapi semua tu dah terlambat. Hati ni dah tertutup rapat. Cinta tu dah hilang.

Bukan tak bagi peluang,tapi dah banyak kali cuba berbincang,yang dapat hanya kepuasan pihak dia. Jawapan mutlak dari dia. Kerana dia suami. Apa guna perbincangan macam tu?

Belum masuk bab dia control saya. Kawan2,keluarga,sedara mara belah saya semua tak boleh sewenang wenangnya jumpa saya. Dia kata dia cemburu saya gelak tawa dengan orang lain walau adik beradik sendiri.

Dia nak semua tu saya buat dengan dia je. Untuk dia. Tak boleh ada orang lain dengan saya. Sebab tu saya seolah dikurung dalam rumah walaupun nampak mewah ibarat macam penjara.

Saya tak sangka makin hari sikap dia makin berubah. Tak sama macam yang saya kenal sebelum kahwin. Benarlah orang kata , selagi tak sebantal tak sebumbung takkan kenal perangai pasangan kita. Saya nekad nak tinggalkan dia.

Tapi perubahan dia buatkan langkah saya terhenti. Hati perasaan saya dah hilang pada dia. Saya jadi kesian pada dia yang berusaha berubah walau saya tak tau berapa lama perubahan tu.

Dalam masa yang sama ,saya takut nak kembali pada dia bila kenangkan sikap dia yang sebelumni. Nafkah zahir dan batin pun banyak dia abaikan. Apa perlu saya lakukan? Bertahan? Atau lepaskan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *