Isu Keluarga

Masalahnya sekarang kakak ipar saya dia tiba2 tuduh saya guna ilmu dekat suami siap cakap saya ni bagi suami saya makan benda kotor

Saya nak tanya dan minta pendapat warga Krt. saya dah berkahwin 1 tahun lebih. Selama saya kahwin saya dan keluarga mertua tak ada apa” masalah kami oke je.

Masalahnya sekarang kakak ipar saya dia tiba2 tuduh saya guna ilmu dekat suami siap cakap saya ni bagi suami saya makan benda kotor dan sebab tu suami saya ikot je cakap saya.

Padahal suami saya tak ada pun ikot je cakap saya. Dia cerita pasal saya dekat keluarga dia adik beradik dia tapi dia tak cerita dekat saya.

Dan sekarang ni saya tahu cerita ni sendiri dan saya ada bukti” yang dia tuduh saya guna” ilmu tu. Ibarat macam dia tu pijak” maruah saya dan keluarga saya bila dia tuduh saya macam tu.

Dan yang paling saya kecewa sekali suami saya langsung tak cakap apa” dekat keluarga dia. Saya tak suruh dia bergaduh dengan keluarga dia.

Cuma saya nak dia pertahankan yang saya ni isteri dia je. Saya tak tahu apa yang patut saya buat.

Saya rasa macam dah tak ada guna nak teruskan lagi perkahwinan ni sebab suami sendiri langsung tak pertahankan hak saya sebagai seorang isteri. Mohon doakan saya supaya saya terus kuat .

Leave a Reply

Your email address will not be published.