Hi Min. Sila hide profile saya, saya seorang surirumah dan ibu kepada dua orang anak. Saya mengenali suami dari semenjak sekolah menengah dan ikatan tersebut diteruskan hingga ke perkahwinan.
Rumahtangga yg terbina atas penuh kasih sayang, hormat dan percaya masing2 akan setia tidaklah dilalui dengan indahnya.
Ceritanya saya mengetahui bahawa suami saya telah berkenalan isteri orang dan juga ibu kepada kawan anak saya semasa di tadika.
Apa yang menyedihkan apabila saya tidak tahu menahu sepanjang lebih kurang 3 tahun suami merahsiakan hubungan sekadar ‘kawan’ dia bersama wanita itu.
Menurut pengakuan suami,tempoh perkenalan beliau bersama wanita itu hanya berlaku dalam tempoh 3 bulan dan pada tahun 2021 suami saya ada menghubungi wanita itu semula melalui mesej.
Terkantoinya apabila satu hari ketika hendak pergi check up ke clinic, saya terbaca mesej di handphone. Pada mulanya suami berdiam diri dan menafikan tapi hati seorang isteri pasti tak keruan setelah membaca mesej pesanan yg dihantar suami pada wanita itu.
Akhirnya suami mengaku salah dan memohon maaf kepada saya. Saya terduduk tergamam lemah longlai apabila suami berterus terang A-Z berlakunya perkenalan antara mereka yang tak pernah saya ketahui.
Suami juga turut memohon maaf di atas kesilapan dia bukan kepada saya sahaja tetapi turut berdepan memohon maaf kepada anak-anak, kedua -dua ibu bapa kami dan turut berjumpa memohon maaf dengan suami wanita itu.
Perjumpaan bersama suami wanita itu saya ada bersama suami,tetapi wanita itu tiada ketika itu. Tapi entah, hati saya masih sedih kerana saya tak pernah menyangka suami yg saya sayang,yang saya kenal dr zaman sekolah, yang saya sangka akan setia pada saya tetapi curang dibelakang saya..
sehingga kini suami masih berusaha memujuk,berusaha untuk perbaiki diri dan sentiasa memohon maaf tapi sukar untuk saya ketika ini untuk menerima kemaafan dia.
saya sangat trauma atas apa yang terjadi dan terus terang saya takut saya terluka untuk kali kedua. Dan betapa sedih,marah,
kecewanya saya dengan wanita itu kerana dia mengenali saya tetapi dia tidak menghormati status yang sama pada dirinya iaitu sebagai isteri dan ibu. membelakangi pasangan dengan melakukan curang.