Kisah nya bermula tahun 2010. Masa tu aku baru kahwin dengan suami aku so aku bahagia la sangat sebab aku dapat seorang suami yang penyayang tapi hanya smntara. Kerana 6 bulan slpas kahwin suami aku curang.
Aku ingat kan suami mngadap fon 24 jam sebab tengok crta blu sebab hobi suami aku stiap masa akn tgok ceria blu dan aku biar kan walaupn hati aku sakit dan kecewa bila dapat suami yang suka tgok blu.
so aku terpaksa diam dan biar kan. Tapi malam tu aku trgerak hati untuk rampas fon suami ak alangkah trkejut nya aku bila aku dapat tahu suami aku tengah wasup dengan prmpuan lain dan mebahasa kan dri nya umi dan suami aku abah dan dari apa yang aku baca hubungan mereka sudah sampai tahap atas katil.
Malam tu aku pec4h kan fon suami aku dan aku kemas kain baju aku nak keluar dri umah tu tapi suami aku merayu dan pegang kaki aku dan die berjanji tak ulagi lagi perbuatan dia so aku pun mengalah dan aku maaf kan suami ku dan lepas tu kami hidup bahagia sehigga lah tahun 2015.
masatu aku dalam pantang dkat anak no 5 kantoi lagi yang suami aku curang, bila dah kantoi dia mgaku dan cakap nak kahwin dengan prmpuan tu so aku mengmok tapi suami aku dah tak pedulikan aku.
Paling menyedihkan bila balik umah dia akan cakap aku bvsvk dan aku bau t4ik tapi aku tetap bersabar. Kerja umah semua aku buat sendiri walaupn aku baru 20 hari bsalin.
Haritu suami aku cakap dia mintak izin aku izin kan dia kahwin jgak dengan perempuan tu aku rasa dunia gelap sangat masa tu tapi aku tetap buat kuat. adik bradik aku sampai tak dapat kesan yang aku tengag d landa badai stunami.
tapi petang tu semasa aku tengag masak dkat anak sulung aku dan anak aku yang no dua tibaa2 aku pengsan kepala aku bertiarap didalam tandas so anak sulung aku mngis mnjerit panggil papa dia yang tengah leka bergayut dengan awek dia lam bilik.
suami aku keluar dan bawak aku pergi hospital tapi suami aku langsung tak mintak maaf dan tak rasa bersalah so aku d benar kan pulang ke rumah.. malam tu suami cakap lagi yang dia nak khwin so aku cakap aku tak rela di madu.
Suami aku halau aku keluar dari rumah jam 2 pagi dan akuĀ bwak semua anak2 aku dan baby aku yang dalam usia 21 hari masa tu dengan luka bersalin tak sembuh lagi aku kuat kan dri untuk bjlan sambil dukung bby dan pinpin tangan anak aku yang lain.
Aku bermlam dirumah kakak aku. So esokkan hari aku keluar dri rumah kakak aku dan bwak anak2 aku pergi johor menaiki kereta api dari kedah hingga johor
Aku tumpang umah kakak aku yang sorang lagi. So sebablan aku kat situ suami merayu mintak maaf dan untuk kali kdua aku maaf kan lagi suami aku. 7 bulan aku blik rumah aku, akhirnya Anak aku yang bongsu mning4l dunia sebab sakit..
mulai haritu aku menjadi murung dan aku tidak mampu untuk ketawa lagi dunia aku masa tu gelap gelita. Setelah 3 bulan berlalu aku mengandung lagi tapi selepas aku lahir kan anak lagilah dasyat dan s4dis perbuatan suami aku
Setelah aku dpt tahu suami aku ce in hotel dengan prmpuan lain aku sangkakn die bz kerje rupanya bz shoping dengan perempuan tu. Dan tak blik rumah blik pun 2.3 jam pastu kluar sebab g tido nga perempuan tu sebab aku dapat tahu kecurangan dia kali ke 3 ni.
masa tu aku pinjam fon suami untuk wsaap kakak aku tiba2 masuk chat dari perempuan tu. Ayat nya. “Awak dah sampai ke? kunci hotel awak buat blik ke?” saya terus terduduk. Dan saya soal suami malam tu suami mengaku yang dia dah trlanjur 3.4 kli so aku call perempuan tu untuk dapat kepastian.
Perempuan tu cakap baru kenal sebulan tapi dia tak ade rumah so suami aku tolong ce in kan hotel untuk dia slama semnggu makan minum semua suami aku uruskan. Alangkah hncur brrkecai hati aku seorg istri
Apabila aku dan anak2 di biarkan kebulur tapi dia cukup kan kperluan perempuan yang takde ikatan ape2 dengan dia. So mlm tu aku menangis sekuat hti sebab aku betul2 tak sangka dengan tiada nya arwah tapi suami aku boleh lagi pergi berzin4.
ya Allah. masa tu aku btul2 dah tak kuat. Aku dah tak pikir ape dah. Aku bawak anak2 aku. masa tu yang bngsu umur sebulan. Aku dreve dri kedah hgga ke shah alam rumah mak aku. So aku tukar no fon dan block suami aku.
7 bulan aku hilang kan diri akhirnya suami aku datang shah alam menangis merayu untuk aku kembali pada dia semula. Aku pun takfahm dengan dri aku aku masih lagi maaf kn dia dan masih lagi terima dia.
Saat tu suami aku brtaubat dan solat 5 waktu tampa gagal hri2 ke masjid mngji alqur an, besedekah dan pergi ko pondok d tahfiz untuk mnuntut ilmu agama tapi dia tetap lemah pada perempuan dan kelakuannya tidak pernah berubah.
Ya Allah aku rsa memang dh takkuat untuk mnharungi hati aku yang dah remuk hncur ni cuma aku hanya mampu berdoa supaya Allah mbri aku kekuatan dengan segala pnderitaan ujian yang Allah bg pada aku skrg. Aku cuma fikirkan anak2. Aku taknak anak aku hidup tanpa ayah. Dalam masa yang sama aku dalam dilema.