Assalamualaikum admin tolong hide profile saya ya. Saya suri rumah sepenuh masa, suami saya baik, nafkah segala2 semua cukup, hormat semua orang sekeliling cuma satu sikap dia yang saya tak suka adalah jenis kuat mengongkong.
Dia selalu pantau saya kemana sahaja saya pergi dia akan soal saya keluar dengan siapa? keluar buat apa? masa keluar bicara tentang apa? Ada lelaki tegur atau tidak? Ada tengok lelaki atau tidak?
dia selalu tuduh saya ada lelaki lain tetapi saya tidak pernah pun ada niat untuk dua kan dia. Sikit pun tidak terlintas dihati saya, saya setia dengan dia dan tidak pernah ada mana2 lelaki dalam hidup saya,
dari sini lah bermula nya saya menjadi isteri yang kurang ajar kerana kalau saya diam dan tidak menjawab apa yang dia tanya dia cakap saya derh4ka dan apabila saya jawab dengan kasar dia kata saya isteri kurang ajar dan tidak hormat suami padahal saya tiada niat semua itu.
Dia lah yang mengajar saya menjadi macam itu. Sampai hari ini tidak pernah berhenti dia menyoal saya 5 tahun rumahtangga kami bina.
Sampai saya bosan dengan persoalan yang sama kadang2 ada kerja pun rasa malas nak keluar sebab malas nak menjawab saya letih apabila dia tanya begitu hati jadi sakit benci pun ada dan kalau kawan dan adik beradik saya ajak pergi mana2 saya akan menolak kerana malas nak panjangkan cerita,
saya jadi bosan dekat rumah kehidupan saya rasa macam hidup dalam penj4ra timbul rasa benci mungkin sebab itulah sampai hari ini sy tidak boleh cinta kan dia saya sudah cuba untuk hormat dan cinta dia.
Sampai saya mula berkenalan seorang lelaki juga suami orang melalui facebook sebab terlalu bosan dengan kehidupan saya. Saya balas chat laki itu hampir 3 bulan saya chat dengan dia, tapi tidak pernah jumpa pada mulanya dan hidup saya ada sedikit gembira dan kurang tekanan sejak saya chat dengan lelaki itu.
Lelaki tu ambil berat dan perhatian pada saya, dan dia menceritakan kalau isterinya juga kuat mengongkong Tapi saya jujur saya cakap dekat laki itu saya sudah ada suami tapi dia nak chat juga. Dan akhirnya hubungan kami sampai ke atas r4nj4ng.
Selama saya kenal dengan laki ini ada timbul rasa cinta yang boleh membuat kan hati saya tersangat bahagia yang tidak pernah saya rasa sebelum ini, tetapi saya sedar status saya, saya rasa bersalah sebab ada perasaan macam ini pada lelaki lain bukan pada suami sendiri.
Saya tidak minta semua jadi macam ini,saya sangat keliru sama ada saya hendak meneruskan kan cinta saya dengan lelaki yang saya chat atau pun tidak, dan terdetik di hati saya untuk buat solat istiqarah dan saya bangun tengah2 malam.
4 hari saya buat dan ada rasa dihati saya untuk jauhkan diri dari cinta yg tidak halal Allah bagi saya rasa. Saya sedar mungkin Allah ingin uji kesetiaan rumahtangga saya.
Saya minta ampun pada Allah saya berdoa sesungguh hati supaya Allah satu kan cinta kami suami isteri jika benar dia adalah jodoh hingga akhir hayat saya dan saya berdoa pada Allah supaya Allah hapus kan cinta selain cinta yang halal.
saya berdoa supaya Allah tundukkan saya supaya saya dapat memenuhi segala perintah suami saya, dan tidak derh4ka pada suami saya tetapi satu sahaja yang buat saya sedih dia tidak boleh ubah perangai dia tetap sama mula2 kahwin sampai ke hari ini dia tidak boleh buang prangai cemburu buta dia terhadap saya,
saya nak dia bimbing saya ke syurga bukan ajar saya jadi derh4ka. Kesabaran saya ada batasnya juga. Dan sekarang kenalan saya itu ajak saya bertemu sekadar minum2 sahaja.. ahirnya saya berjumpa lagi dengan dia, masa tu suami saya outstation..
tapi tak sangka suami upah seseorang untuk perhatikan saya, orang itu ialah kakaknya sendiri.. kakak suami ambil gambar saya berdua dengan kenalan, dan dia send pada suami..
Suami mengamok dan kata suami dia dah syak saya bertahun2 curang, ya Allah saya tak buat apa2 pun.. saya kenal lelaki itu baru beberapa bulan.
Saya benci dengan sil kerana kalau sil tak beri tahu pada suami yang saya keluar dengan kenalan saya, suami pasti tidak akan tahu, dengan kej4mnya sil sengaja membuka aib saya pada suami suami hubungan rumah tangga kami hancur
akhirnya suami gantvng saya tak bertali dan saya juga di der4 secara fizikal dan ment4l. Suami mengatakan kalau saya tak ubah seperti pel4co. Dan kenalan saya itu pernah cakap. Kalau suami ceraikan saya.
Dia akan nikahi saya.. tapi suami taknak ceraikan saya. saya buntu tolong bagi pencerahan buat saya tapi minta tolong jangan kecam saya.