Isu Keluarga

Ceritanya saya baru putus tunang 2 bulan yang lalu masalahnya saya diputuskan tanpa mengetahui puncanya

Salam warga KRT. Mohon hide profile saya. Saya nak minta pendapat warga KRT, mohon jangan menghentam. Saya dalam dilema.

Ceritanya aaya baru putus tunang 2 bulan yang lalu masalahnya saya diputuskan tanpa tahu punca asal. Lepas diputuskan bekas tunang terus menghilangkan diri, block saya di facebook, wechat, whatsapp dan instagram.

Sepanjang saya ambil masa untuk move on. ditakdirkan satu hari tu. saya main people nearby di wechat. Lepas tu biasalah kalau main people nearby tu memang akan jumpa macam2 orang add.

So, dlam byak2 yg add tu saya ragu2 nak accept friend request sorang hamba Allah ni. Mula2 saya ckap ” macam warga asing je, buat apa nak accept ” lepas tu sya buka profile dia rupanya bukan.

Dia warganegara lepas tu macam biasa bila dah accept memang akan buat cara intro tu semua. saya jadi makin rapat dengan dia ni sejak dia tanya saya kat wechat ” macam mana cara nak pegi hentian pudu ” nak balik kg.

sebab dia 1st time dtg kl. Jadi sya pun explain kat dia semua sambil gelak2. dari situ lah mulanya kami rapat. Setelah berbulan kawan, saya punya firasat kuat nak tahu lebih lanjut tentang diri dia. Jadi saya search kat fb, saja cari fb dia.

Lepas tu terjumpa profile dia, terkejut saya dan sejuk tangan automatik bila tahu rupanya dia dah berkahwin dan mempunya 2 orang anak. Masa tu Tuhan je tahu rasa saya.

bila saya dapat tahu sya tak tanya terus, tapi sya perli dia kat wechat. nak tgok dia mengaku ke tak yg dia dah berkahwin. akhirnya dia mengaku. dia mengaku dan akhirnya sya maafkan dia dan berkawan macam biasa.

tanpa sedar saya dan dia simpan perasaan antara satu sama lain sedangkan Hakikatnya saya tahu dia dah ada isteri. Tapi saya dah terlanjur sayang kat dia Kami tak pernah buat benda2 yang terlarang lagi.

Jumpa pun sekali sekala tu pun bawa kawan. Sampai Saya kata dalam hati saya sanggup jadi wife no 2. Tapi pada masa yang sama saya tak sanggup nak lukakan hati wife dia. Apa yg patut saya buat?? Saya tak minta untuk merampas kasih sayang suami orang. Tq admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.