Isu Keluarga

Ceritanya baru2 ni suami dapat duit epf terus dia beli phone canggih dan mahal tapi masalahnya saya pelik dan tanya kenapa nak beli phone mahal

Tolong hide profil saya. Saya nak cerita sikit. Suami saya sudah menghampiri umur setengah abad. Ceritanya baru2 ni suami dapat duit epf terus dia beli phone canggih dan mahal masalahnya saya pelik dan tanya kenapa nak beli phone mahal dan canggih sangat? untuk apa?

Suami jawab saje je tapi saya syak mesti nak download mengarut2 sebab saya kenal suami saya dan untuk pengetahuan umur macam tu suami saya layan tikt0k. Pelik betullah saya, umur macam tu pun layan benda2 tak faedah..

phone dia siap buat lock lagi, mesti ada rahsia, sentiasa pegang je phone dia.
macam mana nak hack phone dia ye, dulu saya boleh hack tapi dia dapat tahu. lagi satu macam mana nak tahu suamiĀ  kawin lain,

bukan nak buruk sangka tapi tengok perangai suami tu mcm ada benda dia sorok? Boleh cek kat mana2 pejabat agama ke? pejabat agama boleh bagi kita cek ke status suami? Manalah tahu suami kawin senyap2 pkp ni?

Tolong bantu saya, kalau betul saya tak sanggup nak hadap, saya sayangkan rumahtangga saya yang hampir 20 tahun dibina. Saya rase down..

Umur dah makin banyak ni saya cuma nakkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup dengan orang yang saya sayang. Kenapalah bila suami dh senang blh melupakan dan mengkhianati kesetiaan isteri.

Saya tak pernah mengkhianati suami apalagi nak curang tapi kenapa balasannya begini yang saya dapat. Saya yang ada dengan suami masa suami tak ada apa2, masa suami susah dan sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.