Assalammuaikum min.tolg hidekan FB ku ya. terima kasih siarannya. Disini aku nak luahkan bertapa hancurnya hati ini setelah dilafazkan cerai oleh bekas suami ku sendiri kerana seorang j4nda. kisahnya pjg sikit ya minn.
Aku anak bongsu dalam keluarga ku. pernikahan kami tanpa restu seorg mak. Sekarang mak aku pun dah meningg4l (al_fatiha). pada usiaku 18 tahun aku kenal seorg lelaki ni, dah jadi (bekas suamiku).
Aku kenalinya dengan panggilan (f) ya emak ku melarang keras untuk bernikah dengan nya.. pelbagai cara mak ku cuba untuk pisah kan kami. Mak ku hantar aku ke kolej. Aku lari dan aku buat perangai tetapi apakan daya.
apa yang mak dan saudara mara ku nasihati waktu itu, satu pun tak masuk dalam diri ini tetapi apa yang si f ni cakap semua aku ikut. Yerla aku spt tunduk saja apa yang F ckp. Aku lari dari kolej, aku ikut F, aku duduk di rumah keluarga F.
Lama jugak hampir sebulan lebih. Opss lupa nak ckp yang F ni duduk dengan nenek dan maksaudara dia di kg. keluarga F orang feld4. duduk di negeri yang sama tp daerah berlainan. Mak ku telah memberitahu perkara ini KPD saudara mara sebapaku.
pun sudah meningg4l (AL Fatiha). malam itu juga, bapa saudaraku ini datg di perkampungan rumah nenek f yang aku duduk ini. bapa saudara bersepakat dengan mak ku yang beliau akan nikahkan aku, sama ada mak aku setuju@ tak.
pernijahan ini tetap akan dilangsungkan. Ayahku,, semasa aku di bangku sekolah rendah lg sudah meningg4l (AL Fatiha). semasa hari pernikahan aku dan f, mak ku dan saudara mara ku tidak datang tapi pernikahan itu tetap berlangsung.
(buat majlis di rumah keluarga F) hanya pak saudara (wali) aku jer yang ada masa tu.(aku tak boleh nk salahkan siapa dalam hal ini.. Maka selepas perikahan itu aku bergelar isteri yang sah dengan F.. selama 13 tahun aku pertahankan rumah tangga ku.
Selepas sebulan nikah F tidak bekerja alasan nya sakit dis!hir orang. maka aku ambil alih semua tu. Aku berkerja siang malam. Aku buat 2 kerja. F ni jenis kerja tak kekal (skjp kerja pastu berhenti).
Apa sahaja perkejaan aku lakukan demi nak tanggung hidup aku dan f tetapi aku bersyukur kerana nenek F banyak membantu dalam rumah tangga kami dengan hasil men0reh getah.. Sejak nikah, f tak benarkan aku berjumpa dengan mak ku sehingga nafas terakhirnya.
hidup aku dengan F ibarat kais pg mkn pg. Di usiaku 20 tahun aku bersyukur kerana aku dapt membeli sebuah kereta baru jenis viva baru hasil dari titik peluh ku kerja siang malam tapi semasa proses pengeluaran kereta ini aku terpaksa lex nama ayh mertua ku.
Aku berkerja keras demi membayar bulann kereta ini. Selang 2 tahun aku dapt keluarkan sebuah motosikal.. aku pernah hamil tapi usia kandungan ku 3 bulan ankku hilang dalam kandungan Sebanyak 3kali perkara ni berlaku.
Pada 2017 makku telah dijemput Ilahi. mak ku pergi untuk selamanya. selepas, arwah mak tiada saudara-mara ku menyuruh aku menjaga rumah peninggalan arwah makk. kerana pak saudara ku memberi tahu ini adalah wasiat dari arwah makk.
aku bersetuju dan aku membawa F duduk sekali di rumah tu. Aku spt biasa kerja siang malam tetapi F? masih sama tidak berkerja. (sekejap kerja, sekejap tak.) Satu2 perangai pelik F tunjuk pada ku..
2019 F mula bermain cinta dengan seorg janda. Katanya janda tu pegawai bank.. jiran2 ku ada cerita semua perkara tapi aku pekakkan telinga ku. Aku anggap itu adalah rekaan.
F berani membawa j4nda tu di rumah arwah mak aku dan paling mengejutkan waktu subuh aku melihat F dengan janda tu dalam bilik tidur kami. hancur luluh hati ini. dimana janji2 manis MU F. Semasa pertengkaran f menghalau aku keluar dari rumah tersebut. Rumah arwah mak aku sendiri.
January 2020 aku telah diceraikan kerana F. Memilih untuk bersama janda tu. Semasa di mahkamah, sebelum F jatuh kan talak kpd ku, tuan Hakem bertanya knp inginkan perceraian ini. F menyuruh ku menjawab “kami inginkan perceraian ini kerana s!hir pemis4h”.
f tak benarkan aku jawab kerana j4nda tu. selepas perceraian, f ambil semua harta yang dari hasil titik peluh ku, kereta, ya sudah setahun aku bergelar janda.
Selepas perceraian, aku merantau ke kota. F juga telah bernikah tetapi bukan dengan janda itu. dengan perempuan yang lg tua. Sekitar 50an. tetapi, sejak dari perceraian aku dengan F, aku MMG susah untuk lupakan ex suami ku. Hingga kini. aku buntu. Tolong doakan aku kuat ya. Minnn Tolong jgn kecam aku ..