Isu Keluarga

Ceritanya badai melanda sudah 3 tahun berpunca suami telau menuduh saya mempunyai lelaki lain kerana badan saya ada bau lelaki

assalamualiakum. Dan salam sejahtera buat semua sahabat. Terlebih dahulu dengan lafaz bismillahirahmanirahim. Saya ingin meluahkan apa terpendam. Tetapi saya memohon hidekan profile saya. Agar masalah tak timbul kedepan..

Saya seorang ibu berusia 40 tahun dan mempunyai 3 anak. saya mendirikan rumahtangga dengan suami jarak 17 tahun lebih tua dari saya dan merupakan warga 4sing. Alhamdulillah 17 tahun dah rumah tangga kami. Saya jujur sayangkan suami saya, dia cinta hati saya.

suami saya bekerja kontrakter rumah. Saya mampu membeli rumah kos sederhana 2 biji atas nama saya. Suami saya juga orang yg tak pernah tinggal solat, mengaji dan umroh dah banyak kali. tetapi dalam bahagia biasala sering bergaduh. bukan sekali sekala acap kali..

Suami saya jenis yg suka bermedia social. Semua aplikasi dia ada. Dengan perempuan ni jangan nak kata laaa. Memang sentiasa berchating. Group perempuan tak tahu betapa banyak. Kalau bergaduh kes ni, dia akan jawap bukan jumpa. Hanya alam maya je pun.

Lepas tu. kerana stress dengan maslaah saya bekerja. Dengan syarat sesen duit tak bagi kalau saya bekerja tapi saya kerja sebab saya rasa stress kat rumah. Alhamdulillah saya bekerja di syarikat perkapalan gaji memang ok. Dari hari tu dia tak pernah sesen bagi duit tapi barang dapur dia beli.

Ceritanya badai melanda sudah 3 tahun berpunca suami telau menuduh saya mempunyai lelaki lain kerana badan saya ada bau lelaki siap dia kata saya ni meny0nd4l dan saya dah serah mahkota saya untuk j4nt4n lain.

Dia siap taklik saya. tapi apa saya nak takut. memang saya tak pernah buat jadi tak de hal saya nak takut. cuma saya rasa maruah saya tercabar. seolah maruah saya di letak kat kaki dia. dia siap menceritakan ke kawan2 yang saya ni ada sk4nd4l.

Pernah dia ser4ng tempat kerja saya. Depan orang dia m4ki hamun. Tapi saya sabar..sehingga dia kata b4l4 akan menimpa saya. Untuk pngrtahuan semenjak peristiwa macam ni kami dah berpisah rumah. Dah 3 tahun saya dengan anak2 dan dia dengan kawan dia.

Saya bukan tak boleh nak berbincg untuk pujuk dia balik. Tapi kata2 tuduhan kepada saya cukup membuat saya terasa. namun saya tak de kekuatan untuk bercerai. Sebab SAYANG.Ya Allah. Sampai saat ni dia masih menuduh saya meny0nd4l. Setiap kali kami jumpa akan gaduh.. saya dah buntu apa nak buat. bab mengaibkan saya jgn dicerita. Kepada sesiapa je dia jumpa pasti akan cerita hal

saya. saya tak kisah. Orang nak pandang apa pada saya. Cumu jujur saya cakap. Saya maaf tetapi tak boleh nak maafkan dia atas tuduhan berzin4. Saya tak akan boleh maafkan dia sebab tr4gis sehingga dia kata badan saya ni berbau lelaki lain..

Ya Allah jujur saya buntu dan saya memerlukan pandangan dari sahabat. mungkin boleh meleraikan kekusutan saya. saya tak berani nak cerita ke family saya sebab sampai saat ni saya menutupi semua. Dan saya ber alasan jika family tanya apa2. Saya tak nak ada ahli family saya terutama mak. Ayah membenci suami saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *