Assalamuallaikum admin..tolong sorokkan profile saya, saya nak cerita sikit. Ceritanya saya baru lepas bercerai talak 1 dengan isteri saya dan sebelum saya bercerai tu saya ada kawin lagi dengan seorang perempuan.
tapi sekarang saya terlalu rindukan dan masih sayangkan sangat2 dekat bekas isteri saya tu dan bekas isteri saya pun cakap perkara yang sama.
Untuk pengetahuan semua kami ada berbincang untuk kembali bersama awal tahun depab kerana kami tak sanggup berjauhan dan berpisah macam ni.
perkhawinan kami telah pun berjalan selama 7 tahun. banyak kenangan kami bersama, susah senang bersama, nagis bersama segalanya bersama tapi saya sendiri tak tahu macam mane kami boleh berpisah.
Silap saya sebab terlanjur dengan isteri kedua sampai dia hamilkan anak saya tapi semua tu bukan kemahuan saya, isteri kedua pandai mengoda saya, isteri pertama saya minta cerai pun sebab tak boleh terima poligami.
Pada pendapat admin.. ape yang perlu saya lakukan? bekas isteri saya dan saya dah bersetuju untuk rujuk kembali tapi isteri kedua saya sekarang pula tengah mengandung dan tidak setuju pula dimadukan.
saya jadi buntu. saya sayang kedua-dua isteri saya sekarang. Saya tak boleh hidup tanpa mereka. tolong admin