Isu Keluarga

Ceritanya sejak kecil saya suka lelaki yang lebih berusia hinggalah satu hari saya terpaut hati pada cikgu memandu saya yang berusia 50

Salam sahabat KRT. Di sini saya nak ceritakan pengalaman saya. Terpulanglah nak ambil sebagai ikhtibar atau sebaliknya. Sebelum baca habis jangan nak kecam dulu.

Ceritanya sejak kecil saya suka lelaki yang lebih berusia hinggalah satu hari saya terpaut hati pada cikgu memandu saya yang berusia 50. Suami orang. anak 4.

Dia bukan orang senang, kaya langsung tidak. Kereta sekolah memandu saja yang dia ada dan sebuah motorsikal. Al- kisahnya dia yang mengorat saya dulu. Saya cuba menolak.

Tapi sebab saya sukakan lelaki yang lebih matang, saya terima dia dan kami bercinta selama 5 tahun tapi Ini bukan skandel. Semua orang sekeliling tahu.

Saudara mara dia, mak saya, adik adik saya, kawan-kawan semua. Katanya isteri dia izinkan. Jadi saya sangat yakin dengan dia. Isteri dia tak pernah ser4ng saya atau marah saya.

Anak anak dia ada berjumpa dengan saya. Tidak ada riak marah pun di wajah mereka.  Dalam 5 tahun macam macam terjadi. Dia kehilangan kerja, kereta pun tak ada. Tapi saya tak kisah.

Hubungan kami seperti biasa. Entah.. memang saya tak kisah pandangan orang ke apa.. Saya ok. Malah saya yang selalu keluarkan belanja untuk tengok wayang, belikan hadiah, minyak kereta dan sebagainya. Saya tak pernah minta duit dia.

Tahun ke 5 saya bertemu dengan seorang lelaki lain yang bernama Z dia tua dari saya hanya 2 tahun. Saya betul2 tak suka.

Tapi dia bersungguh-sungguh mahu mengahwini saya walaupun dia tahu saya dah berpunya. Tak tahulah apa sebabnya. Sampai merayu rayu. Jadi saya berikan dia peluang.

Makin lama saya mampu menerima dia. Setiap hari saya tak putus-putus minta Allah tunjukkan siapa yang harus saya pilih. Siapa jodoh saya. Allah bukakan hati saya untuk menerima Z.

Saya beranikan diri berterus terang dengan cikgu tu. Memang sukar bagi dia untuk melepaskan saya setelah lama bercinta. Sukar juga bagi saya untuk tinggalkan dia.

Saya rasa berdosa kerana seolah mempermainkan perasaan orang. Tapi bagi saya, hubungan kami terlalu lama dan sia sia. Apabila saya soal tentang kahwin, dia asyik tangguhkan. Padahal dengan Z, kenal sekejap dan kami putuskan untuk berkahwin.

Tempoh perkenalan hanya 5 bulan bersama Z. Dalam tempoh itu jugalah kami buat segala persediaan untuk kahwin. Alhamdulillah setelah 2 tahun berlalu, saya dan Z telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Walaupun hidup kami sederhana, Z tak mampu berikan saya kemewahan, tapi kasih sayang Z tak pernah kurang. Dia betul2 menjaga saya sebagai isterinya. Cikgu pula bahagia bersama anak anak dan isterinya (dia tak private fb dia).

Alhamdulillah syukur sangat.. Mungkin tempoh 5 tahun bersama cikgu tu Allah nak jadikan saya lebih matang. Macam macam cikgu tu ajar saya.

Kadang rasa macam dia lah ayah saya, dia lah abg, dia juga pasangan (dulu). Kami tidak berhubung langsung sejak 2 bulan sebelum saya berkahwin. Dia lepaskan saya dengan rela hati. Dia sangat baik. Z juga sangat baik.

Walaupun Z berhempas pulas mencari rezeki seorang diri kerana saya menjadi suri rumah sepenuh masa, dia tak pernah mengeluh dan cuba memberikan yang terbaik untuk saya dan anak.

Tak sia sia saya memilih dia sebagai suami. Tapi kadang2 saya masih ada perasaan rindu pada cikgu memandu, dan saya rasa, dia pun masih sayangkan saya.

Sampai rasa teringin sangat nak cari dia untuk melepas rindu, tp saya sayangkan rumah tangga saya. Tolonglah komen yang murni2. Thanks admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *