Hai warga KRT semua . Aku nak tanya pendapat semua warga KRT yang prihatin ni. Segala komen yang murni atau kecaman aku terima dengan hati yang terbuka.
Ceritanya aku bergaduh besar dengan suami sehinggakan aku telah guna bahasa dan perkataan yang tak elok kerana aku terlampau marah dan emosi.
aku takda sesiapa, setiap hari2 aku apa aku buat aku mesti akan cerita atau luah pada suami tiap malam sebelum tidur. Boleh bergaduh besar sebab aku tegur suami tak ada communication langsung dengan aku.
Aku terlalu geram sampai aku mintak suami lepaskan aku tanpa niat sebab terlampau marah waktu tuu. Suami cakap jangan cabar dia, Aku terus diamkan diri .
Dia menyumpah aku mcm2 hidup takt enang sebab takkan maafkan aku sampai m4ti. Aku rasa bersalah sangat. Lepas pada tu aku rasa berdosa sebab terlampau ikot emosi cakap bukan2 diluar kawalan aku.
Aku cuba mintak maaf pada suami , tapi suami block semua mesej/wasap/fb . Aku call berpuluh kali tapi langsung tak dilayan.. Adik ada bagitahu aku , yang suami aku up status HATI DAH TAWAR.
aku menyesal dengan kata2 dan amarah aku. Tolong bagi pendapat aku patut buat apa? Segala call msj aku semua takdilayan. Btw aku tengah dalam pantang .
Aku penat letih siang malam tengok anak . Kdg2 rasa emosi tak terkawal cepat marah sbb terlalu penat. hide profil aku min . Terimakasih …