Isu Keluarga

Yang paling buat saya tertekan suami ada bagi hint nak rujuk dengan bekas isterinya sedangkan isterinya yang minta cerai

Assalamualaikum admin n warga krt. Saya ingin luahkan perasaan saya dan mnta pndpat warga krt. Saya berkahwin dengan duda ank 3. Kami kenal 2015 dan dia bercerai pada tahun 2016.

kami kenal beberapa bulan jer dia terus ajak tunang.  Dan lepas dia cerai, kami terus kawin. Silap besar yang saya lakukan bila saya berkahwin dengan dia tanpa mengenali keluarga dia terlebih dahulu.

Adik2 dia kerja dan menetap d KL. Mak dia pun tinggal dengan adik dia sebab nak jaga cucu2 dia. So diorang balik time cuti jela.. Pada awal nya saya layan mereka dengan baik min.

Saya nak buat mereka mcm keluarga saya sndri. Tapi rupa2nya diorang tak suka dan benci kan saya. Adik ipar saya berpantang saya yang masakkan . Tapi rupa2 nya dia tak makan pun min. Dia campak dalam tong sampah. Ni sepupu suami yang bagitau.. .

Masa awal2 kahwin mil selalu cerita yang bekas wife suami ni pemalas sampaikan tahi anak sampai kering pun dia tak basuh tunggu mil yang basuhkan. Macam2 dia cerita pasal keburukan bekas wife suami.

Tapi saya hanya diam dan dengar jer. Tak pernah nak tambah apa2. Tapi kenapa sekarang mil benci kan saya?? Diorang tuduh saya punca suami saya bercerai. Sedangkan dulu suami saya cakap isteri dia minta cerai siap pasang lawyer sebab tak boleh terima kami bertunang.

Lepas bercerai bekas wife suami saya jadi rapat dengan keluarga mil padahal sebelum ni biras n saudara2 suami cakap keluarga mil cukup benci dan jij!k dengan bekas wife dia.

Dulu suami dengan bekas dia tinggal dirumah mil, bila diorang balik kmpung bekas wife suami akn balik rumah dia sebab adik2 suami mmg benci dan tak bercakap dengan dia.

Tapi skg diorang dh baik.. Tu saya tak kisah pun sebab saya tak nak masuk campur. Cuma saya tak tahu apa yang dia cerita kt keluarga mil smpai diorang benci saya sangat.

Adik2 ipar selalu masukkan gambar suami dan bekas wife dia dalam fb diorang Lepastu bekas wife dia pulak selalu masukkan gmbar nikah diorang dulu apa motif..? Suami saya marah sangat dia komen kt status bekas dia.

Tapi adik2 suami masuk komen dan cakap ni kifarah untuk saya sebab rampas kebahagiaan orang. Suami saya terangkan hal sebenarnya tapi nampk macam diorang tak percaya.

Diorang siap bagitau saya jangan nak putus kan hubungan dia dengan kakak ipar dia. Sedangkan saya tak pernah buat mcm tu pun. Selama ni saya sabar jer min. Bekas dia kata saya macam2.

Cakap anak saya macam mony€t, saya diam jer. Saya tak bgtau suami. Saya dan suami nak pergi ambik anak, keluarga bekas wife dia halau kami dengan par4ng. Tak dinafikan anak2 baik sangat dengan saya. Saya layan diorang macam anak sndiri.

Tapi saya tak tahu kenpa ibu diorang smpai hati buat saya mcm ni. Smpai tuduh saya b0m0hkan anak2 supaya sayang kt saya.. Tiap kali kalau kami prgi ambik anak2, diorang mesti cerita kt saya yang ibu diorang panggil saya mcm2.

Lembu la, perempuan gil4 la. Tapi saya sabar jer. Tapi bila adik2 dia komen cakap mcm tu suami saya sangat marah smpai dia putus kan hubungan adik beradik? dia h4ramkan kaki dia pijak rumah tu lagi melainkan mak dia sakit.

Walaupun mak dia juga kata saya macam2 dan tak suka kan saya, suami cakap kita pekak kan telinga sebab tu ibu. Tapi dia tak kan balik kerumah tu lagi.. Sebab dia tahu kalau dia balik pun , hati saya akan sakit dan sedih sebab semua org tak layan dan mengata saya.

Raya tahun lepas memang kami tak balik min. Tapi diorang tuduh pulak saya yang hasut suami tak bagi balik. Nak putuskan hubungan adik beradik diorang. Sedangkan saya pujuk suami ajak balik. Tapi suami tak nak min.

Dia cakap dia dh cukup terasa hati dengan keluarga dia.. Hari pertunangan kami diorang tak datang, hari pernikahan kami diorang tak datang, saya bersalin pun tak de yang tanya khabar. Tapi smpai bila hidup kami nak mcm ni?

Saya sedih sangat. Saya ada terbaca yang redha Allah terletak pada redha ibu. Saya tkut mil tak redha kan suami. Saya tak nak dia jadi anak derh4ka. Saya pun nak anak kami ada makcik, ada pakcik.

Saya sayang kan keluarga mil saya ?? sebab adik beradik saya tak ramai. Kalau boleh saya nak menumpang kasih sayang keluarga mil.

Sekarang alhamdulillah hidup kami dh senang min. Boleh beli kereta, saya dan anak mampu pakai barang kemas. Mampu buka kedai.. Semua tu suami buat atas nama saya. Tapi keluarga dia cakap saya nak kikis harta suami.

Sdgkan saya kahwin dengan suami masa dia takde apa2. Motor pun dia takde sebab semua dh jual masa tu.. Lepas kahwin saya pinjam duit mak saya utk dijadikan modal utk suami buat projek dia balik.

Saya takminta rumah, kereta diatas nama saya. Tapi suami yang berkeras.. Saya takpernah terlintas nak kikis harta suami sebab kami susah sama2… Tapi pada pandangan mereka ada jer salah saya.

Bekas suami plk bila suami dh senang dia sibuk nak minta harta sepencarian. Saya taktahu harta sepencarian apa yang dia ada sedangkan semua nya saya usaha semula dengan suami utk sampai ketahap ni… Bila beli baju utk anak2 dia bakar.

Bila bagi duit sllu cakap takcukup… Ni anak2 sdri yang bgtahu. Saya taktahu apa salah saya pada diorang. Tapi saya takkisah pun pasal bekas suami tu kalau dia nk benci saya pun. Saya cuma fikir kan keluarga suami saya.

Smpai bila kami nk hidup dalam bermusuhan mcm ni ? Yang paling buat saya tertekan suami ada bagi hint nak rujuk dengan bekas isterinya sedangkan isterinya yang minta cerai dan suami pernah kata kalau sudah tak ada perasaan sayang pada bekas isterinya. Saya buntu sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.