Isu Keluarga

Ya saya mengaku memang ade berkawan dengan perempuan di laman social sampaikan kami pernah berjumpa  tapi saya di tuduh melakukan zin4 dengan perempuan tu.

Assalamualaikum min.. Mohon min hide kan profile saya. salam semua warga krt.  mohon jangaan kecam saya ingin minta pendapat.. saya dan isteri dah berumahtangga hampir 6 tahun.. dari permulaan perkahwinan kami sampai la ke hari ini..

saya lengkapkn segalanya utk dia.. saya sorang penjawat awam.. dan isteri suri rumah.. tetapi selepas kami bernikah isteri minta izin untuk bekerja.. dia kate tak tahu nak buat ape kalau duk umah.. so saya pun izinkan dia bekerja..

tetapi awal2 bekerja lagi isteri dah mula tidak jujur dengan saya.. pergi kemana mana waktu rehat tak beritahu saya.. kadang2 dia sanggup menipu takut kalau saya tak izinkan kemana yang dia nak pergi.

Selepas itu isteri disahkan mengandung. dalam surat perjanjian tempat kerja isteri tak dibenarkan pregnent kalau belum confirm jawatan.. so kembali la isteri sebagai suri rumah.. saya pun tak kesah min..

saya boleh kerja siang dan malam untuk menampung keperluan isteri bersalin dan keperluan anak2… setelah isteri saya selamat bersalin.. dan habis berpantang dia ada minta izin untuk kerja..

tapi saya cakap tak payah la sayang. nanti dengan nak cari duit pengasuh lagi untuk anak2.. tapi isteri berkeras juga nak kerja.. dia kate kesian tengok hubby kerja siang malam untuk cari rezeki untuk keluarga..

jadi dia pun bincang dengan mak saya tentang jaga anak2 saya waktu dia bekerja.. dia dapat kerja di tempat lama tu balik.. sampai la 1 masa dia berkata dengan saya.. hubby tolong la carik kan sayang kerja gov jugak..

sayang nak cuti sama dengan hubby.. sabtu dan ahad.. saya usahakan sampai la dia dapat kerja yang sekarang ni. T<span;>api last2 dia aib kan saya dekat tempat kerja dia..

sampaikan saya dipanggil ketua jabatan saya. punya la malu saya.. nasib baik ketua jabatan saya lebih percayakan staff dia dari pada dengar sumber dari luar.. saya bersyukur lagi.. tapi hati saya dah mula hancur..

saya tak sangka perangai isteri saya macam ni.. tak pernah takut dengan dosa.. al quran pun boleh dibuat main2… dia tak pernah mengaku pun tentang perkara yang dia aibkan saya ditempat kerja.. dan yang paling hati saya remuk adalah bila saya pernah bergaduh besar dengan isteri.

Ya saya mengaku memang ade berkawan dengan perempuan di laman social sampaikan kami pernah berjumpa  tapi saya di tuduh melakukan zin4 dengan perempuan tu.. isteri saya jenis suka dengar cakap mak dia mak dia suke menghasut.

cuba korang bayangkan pertama kali bergaduh dia ajar isteri saya suruh minta cerai dengan saya.. adakah ini seorang contoh emak yang baik? sebab tu saya rajuk hati tak nak balik rumah mertua saya..

tapi isteri saya tak pernah pun untuk baik kan saya dengan keluarga mertua saya.. dia macam berpura pura je depan saya.. rupanya dah plankan untuk tinggalkan saya.. sekarang ni nak masuk 6 bulan dia tinggalkan saya..

mungkin isteri saya lupa.. dulu dia pernah di sia2 kan keluarga dia.. sampai rayu pada saya supaya cepat bernikah kerana dia nak keluar dari keluarga dia. tapi sekarang bila saya dah bantu dia dapat kerja dengan kerajaan berjawatan kontrak..

dah lupa diri.. sanggup derhaka pada suami.. menipu suami.. buka cerita rumah tangga pada orang luar… saya sungguh rasa terhina dengan perbuatan dia..

Sampai bila2 pon saya tak kan redha di atas ape yang telah dia lakukan pada saya… sekarang ni kami masih tunggu prosiding mahkamah kerana dia failkan fasakh..

Tapi takpa saya ada ALLAH S.W.T yang maha kaya maha adil.. ALLAH selalu memihak kepada orang yang benar.. dan doa orang yang terinaya akan ALLAH makbulkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.