salam admin mohon hidekan identiti. disini sayang ingin berkongsikan sedikit kisah rumahtangga saya.. saya dan isteri berkenalan di laman soxial.. berkenalan hampir setahun dan kemudian kami selamat bernikah.
Kisahnya dalam tempoh perkenalan kami.. isteri saya ade buat pengakuan tentang sejarah silam dengan bekas bf dia sehingga melahirkan anak tidak sah taraf seorang.. anak itu diberi kepada ibu bapa dia sebagai anak angkat..
mula2 memang saya takut nak terima perempuan macam ni.. tapi bila saya dengar masalah dia itu ini dengan keluarga dia macam endah tak endah pasal dia.. saya pun timbul perasaan kesian dan sayang jadi dia pun memujuk saya untuk kahwini dia cepat sebab tak sanggup nak hidup dalam keadaan keluarga dia macam tu..
Tapi saya ulangi lebih dari 100 kali saya tanya dia awak jangan main2, ini soal sehidup sem4ti, saya tak nak nanti suatu hari awak tinggal kan saya. dia berjanji sumpah berkali kali tak akan tinggalkan saya walau ape pun yang berlaku dalam rumahtangga.
Alhamdulillah kami selamat dinikahkan pada 2012 tapi rumah tangga saya bertahan sehingga bulan 12 2017. saya hampir gila hancur musnah hati saya bila dia keluar dari kediaman kami tanpa izin dari saya dan dia memohon fasakh dimahkamah dengan alasan saya hamilkan perempuan lain
sedangkan dia sendiri pernah hamilkan anak lelaki lain Dan saya sumpah saya tak sengaja hamilkan perempuan tu lagipun saya tak pasti tu anak saya atau anak lelaki lain..
tetapi saya masih memujuk dia untuk pulang ke pangkuan saya kerana kami mempunyai anak kembar perempuan yang berusia 4 tahun 5 bulan.. tapi disini dia lansung tak beri saya ruang dan peluang.. tiada manusia yang tak lakukan kesilapan..
Tapi sayang dah banyak berubah demi dia dan anak2.. dulu saya memang panas baran dan kaki perempuan.. tapi kenapa baru sekarang dia mengungkit?
disini pesanan saya kepada kaum wanita yang diluar sana hargailah pengorbanan suami anda jangan melukai hati suami kerana kamu tetap akan berdosa pada suamimu walaupun dia bersalah sebab kamu dah sah bawah tanggungjawab suami mu dan syurga ditapak kaki suamimu.