Isu Keluarga

Yang paling menyedihkan saya bila keluar perkataan dari mulut suami kalau dia sikitpun sudah tidak ada selera tengok saya

Salam min minta hide kn fb saya ye. Saya cuma nak luahkan apa yang dalam hati ni. Lepas saya bersalinkan anak sulung saya ni, suami saya tak bagi nafkah b4tin kat saya.. saya sedih min.. saya pun ada perasaan,, n4fsu. Saya tanya dia kenapa dia dah tak sentuh sentuh saya lepas saya bersalin,, anak saya dah 8 bulan, selama 8 bulan lah saya tak tidur dengan dia min.

Paling menyedihkan bila keluar perkataan dari mulut suami kalau dia sudah tidak ada selera tengok saya dah sebab anak baru satu tapi bre4st saya dah kendvr, perut berlipat lipat, bekas selulit sebab mengandung bvruk hit4m pula tu badan gemvk Dia cakap direct je min. Hati saya ni macam di hirs hirs.

Dia cakap saya tak pandai berhias dah. Saya bukan taknak berhias, tapi baju baju saya semua dah tak muat,, sebab berat naik mendadak masa mengandung. Nak beli baju baru pun saya tak ada duit. Saya tahu semua tu, saya pun mahu cantik cantik macam dulu juga, mahu cantik untuk suami,, tapi saya tak ada duit,,

nak beli macam macam produk untuk cantikkan semula badan, saya tak bekerja sebab jadi surirumah dan jaga anak. Hari hari masak untuk dia,, jaga anak malam malam sampai mata saya pun lebam. Dia hanya tidur sampai pagi.

Saya minta duit pada dia untuk beli produk cantikkan badan, dia marah saya balik min, dia cakap dia tengok isteri orang lain tak ada pun buruk macam saya lepas bersalin, tak perlu nak pakai macam macam product.

Sudah lah tu, nafkah zahir pun tak pernah bagi, barang keperluan makan memang dia yang beli, apa saya nak makan semua dia bagi tapi untuk duit belanja diri saya sendiri dia tak pernah bagi.

Bila saya tuntut nafkah dia cakap saya tak bersyukur sebab dia masih bagi saya makan dan tempat tinggal. Bukan dia tak mampu min,, tapi dia terlalu berkira untuk saya. Untuk orang lain dia tak berkira min, kadang kadang bila keluar makan, dia siap belanja kawan kawan makan sekali, bukan murah murah min.

Saya boleh halalkan nafkah zahir yang dia tak beri tu min, sebab saya bersyukur dia masih sediakan keperluan makanan dan tempat tinggal untuk saya, tapi nafkah b4tin saya tak dapat buat saya jadi murung, stress, sebab hanya dia suami saya, hanya dia tempat saya untuk bermanja,, di belai.

Sampaikan hati ini terdetik nak cari lain, lagi2 bila buka media social saya nampak ex saya masih bujang dan masih berharap pada saya, saya menyesal sebah tinggalkan dia dlu semata2 nak bernikah dengan suami sedangkan dia sekarang lebih bekerjaya.

Saya menyesal sebab hina dia dahulu sebab tiada masa depan.. saya takut hati saya berubah,  jiwa saya tersiksa macam ni. Saya buntu min,, apa yang perlu saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published.