Isu Keluarga

Masalahnya sekarang bekas isteri dia asyik tanya bila nak bayar hutang lah nafkah anak lah nak beli susu pempers anak lah ada jer alasan nak minta duit sedangkan dia yang nak anak tu

Assalamua’alaikum Admin yang dikasihi.. aku pinjam acc kawan aku ni.. Saya cuma nak luahkan dan minta pandangan ahli KRT yang arif dan lebih berpengalaman.

Maaflah kalau panjang ceritanya. Umur saya 26 tahun. Saya dah berkahwin dengan duda anak 2. Kami berkahwin di sempadan atas sebab sijil cerai dia belum kluar dan saya dah mengandung.

Saya rasa sangat bahagia kerana dia mahu berkahwin dengan saya dan bersetuju untuk bercerai dengan isteri dia. Sebab dari dulu lagi suami ada bagitahu yang isteri dia minta cerai sebab tak terima poligami.

Untuk makluman kedua-dua belah pihak keluarga tidak merestui hubungan kami dan juga tak membenarkan kami tinggal di rumah keluarga. Kami telah menyewa sebuah rumah.

Bila dah tinggal bersama barulah saya tahu suami mempunyai banyak hutang. Hutang dengan kawan, bekas isteri dan juga money lender. Gaji bulanan yang dia dapat hanya berbaki 200 jer untuk makan minum kami selebihnya bayar kepada money lender.

Masalahnya sekarang bekas isteri dia asyik tanya bila nak bayar hutang lah nafkah anak lah nak beli susu pempers anak lah ada jer alasan nak minta duit sedangkan dia yang nak anak tu, kenapa nak minta nafkah dengan suami saya?

Siapa yang jaga anak, dia lah yang bagi makan minum dan segala keperluan, kenapa mesti nak dengan suami saya, lagipun budak2 tu dah taknak dengan suami saya. macam2 la..

padahal dia tahu gaji suami tinggal brapa jer lagi. Suami ada minta bantuan saya untuk meminjam dengan money lender yang lain untuk langsaikan separuh hutang dia baki gaji dapat bagi nafkah anak dia 300 sebulan seperti yang di tuntut oleh bekas isteri.

Saya setuju dan suami menguruskan semua urusan termasuk buat pay slip palsu sebab saya tidak bekerja dan berjanji akan membayar pinjaman tersebut walapun dalam hati takut juga sebab nama atas nama saya.

Kekadang rasa menyesal sebab meruntuhkan rumaht angga orang walaupun saya tahu isteri dia memang baik dengan saya. tapi saya sayang kat suami dia dan saya tak kan lepaskan dia. Suami saya kata dah takdir untuk kami bersama.

Bekas isteri tak nak bermadu sebab kata suami tak mampu. Saya dan suami dah bertaubat dan suami pula tidak tinggal solat. Kalau boleh saya tak nak suami kembali dengan bekas isteri dia walaupun dia orang masih berhubung berkenaan hal anak2 mereka yang masih kecil.

Saya tahu bekas isteri dia masih sayangkan dia tapi suami kata dia dah tawar hati dengan bekas isteri. Pada pandangan tuan/puan betul tak tindakan saya selama ni.

Agaknya bahagia saya berpanjangan dan rasanya dia akan tipu saya tak tak macam mana dia tipu isteri dia slama ni. Karekter dia jenis yang suka bergurau tak kisah dengan perempuan lelaki lelaki tapi satu jer la yang saya risau.

saya tahu itu aib dia tapi kat sini tak ada yang kenal. Dia dulu ambik ganja dan sekarang saya tak tahu dia masih ambik atau tak sebab dia pandai sembunyi perangai buruk dia tu

sampai bekas isteri dia pun tak tahu dia ambik g4nja sehinggalah time bekas isteri dia tahu yang dia curang baru la semuanya terbongkar.

Mohon bagi pendapat atau cadangan supaya saya sediakan payung sebelum hujan ribut salji ribut pasir datang melanda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *