Assalamualaikum warga KRT dan Admin, tolong hide profile saya. Saya nak perkenalkan saya merupakan seorang ibu tunggal anak 2. Kisahnya begini pada perkahwinan pertama saya telah mengalami kegagalan.
Hubungan perkahwinan hanya bertahan kira-kira 1 tahun setengah sahaja. Alhamdullilah akun dikurniakan seorang anak perempuan. Sayangnya aku dgn dia hanya Allah yang tahu. 2 tahun kemudian aku bertemu jodoh dengan bekas suami kedua ku. Dia merupakan duda anak 1.
Orangnya sangat taat perintah allah, lembut, penyayang dan juga baik. Bab nafkah mmg A++, aku dilayan bak puteri raja. Pada awal hubungan kami semua Nampak indah tapi hatiku sentiasa resah gelisah dan akal ku seperti mcm ada sesuatu tetapi aku tidak pasti.
Bekas suami kedua ku kerap kerja luar dan jarang ada dirumah. Jadi tinggallah aku Bersama anak tiriku. Sedang anakku masih di kampung sebab dari awal penceraian sememangnya dia di asuh oleh ibu asuhan. Aku hanya menjenguk seminggu sekali.
Anak tiriku sememangnya budak yang comel dan bijak tapi aku mudah marah dan naik tangan. Tapi lepas tu aku menyesal dan menangis. Aku bingung, dengan anakku sendiri pun aku mudah panas hati. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum aku nikah kali kedua.
Perkara ini sudah tentu mendatangkan tidak selesa pada bekas suami ku. Yelah anak jadi mangsa. Tapi dia tetap bersabar. Sampailah aku mengandung anak kami. Sikap ku masih juga macam tu. Dengan suami pulak kalau diluar kani sweet sangat rindu rinduan dalam telefon tapi bila dia balik confirm gaduh besar pasal anak la, pasal goreng bihun termasin pun boleh jadi penyebab.
Masalaynya yang aku perasan setiap kali lepas asar masuk waktu maghrib aku akan jadi macam orang tak betul sampai satu tahap aku meracau dan cakap nak keluar dari rumah. Bekas suami aku mula syak ada sesuatu tak kena dan ikhtiar pegi berubat.
Rumah kediaman kami jadi panas dan kami tak boleh bertentang mata, anak-anak jangan cakap ada sahaja yang tak kena. Jenuh kami berubat merata dari pantai timur sampailah lembah kelang majoriti menyatakan ia angkara bekas suami pertama yang dengki dengan kebahagiaan kami dan cuba sedaya mungkin agar rumah tangga kami hancur serta masih mengharapkan agar dia dapat kembali memiliki aku.
Niat dia Berjaya. dah setahun lebih aku bercerai. Namun di hati masing-masing masih ada rasa cinta dan syang Cuma kami takut untuk Bersama kembali kerana masih trauma dengan apa yang berlaku sebelum ni.
Bayangkan masa aku dalam pantang anak kami aku benci gila tengok muka suami aku, aku kalau boleh jijik tengok dia dan tak izinkan dia pegang aku. Sampai mcm tu sekali.
Wahai kawan-kawan netizen sekalian apa yang harus aku lakukan. Setiap masa aku berdoa allah lembutkan hati kami untuk bersatu kembali serta menghindarkan kami dari perbuatan s!hir. Kesian kat anak-anak yang masing-masing kasih antara satu sama lain walaupun adik beradik tiri.
Sayu hati aku bila melihat mereka bermain Bersama. Tatkala nak balik bawa haluan masing-masing, anak-anak la paling sedih. Masing-masing berebut adiknya.tapi kami xtau nak buat apa.
Mesti orang bertanya kenapa tak rujuk masa eddah. Aku ada terfikir tapi mengenangkan aku masih belum 100% sihat dari gangguan itu aku hanya diam diri. Aku diam bukan kerana aku tak kasih xsayang atau xcinta, tapi aku bimbang sekiranya aku kembali semula pada bekas suami kedua ku apabila gangguan datang lagi suamiku akan jatuhkan lagi talak.
Aku takut andai terjadi sampai 3 kali. Aku gembirakan hati sendiri hanya kerana aku nak pastikan aku boleh menyusukan bayi kami yang ketika bercerai baru berusia 2 ½ bulan.
Tolonglah bagi pandangan apa yang harus aku lakukan untuk mengembalikan kerukunan kerumahtangga aku yang dah roboh serta mendamaikan hati ini yang dilanda resah dan gelisah.