Assalamualaikum semuaa. Syukur alhamdulillah aku sekarang bahagia dengan kehidupan aku bersama anak2. Cuma satu je, sampai sekarang aku masih trauma, serik dengan cinta mahupun berumahtangga.
Bagi aku cinta tu semua dusta, tak ada pun orang yang betul betul ikhlas dengan pasangan dia.. Dah beberapa kali juga aku tolak pinangan orang. Patahnya memang dengan satu orang tapi m4ti rasanya kepada semua orang.
Ceritanya selama 2 tahun aku guna orang perantaraan untuk berhubung dengan ex tapi hanya cuma hal yang betul betul penting sahaja aku sendiri yang contact ex. Tapi sejak kejadian anak ditimpa kemal4ngan, kami kerap contact secara direct.
Dari situ dia mula cuba untuk mengayat nak kembali. Alasan “demi anak-anak”. Mana mungkin aku lupakan apa yang dia buat dulu, sampai trauma. Dulu aku percayakan dia 200%. Tapi dia khianati rumahtangga kami.
Kalau hanya curang di alam maya mungkin aku boleh terima. Yang aku tak boleh terima dia berskedudukan dengan perempuan sampai terhasilnya baby. Ya memang mereka dah berkahwin sekarang dah ada 2 anak.
Nampak bahagia sangat-sangat keluarga dia sekarang. Untuk pengetahuan, aku sejenis yang tenang dan selalu cuba untuk bertenang. Untung saja perempuan perampas tu tak pernah kena ser4ng secara fizikal mahupun di alam maya.
Dulu kerap juga aku stalk mereka, dan dari post perempuan tu nampak dia sangat bangga jadi seorang perampas. Kalau nak tanya hati aku, aku akui masih bersisa lagi sayang pada ex tapi perasaan tu bercampur dengan kebencian.
Ntah la susah nak terangkan. Takkan mungkin aku rela bermadu walaupun ex pujuk rayu.. Memang dah tak ada rasa untuk berumahtangga lagi. Tapi patut tak aku melayan ex, keluar dating bersama ex dengan anak-anak.
Saja nak bagi perempuan perampas tu rasa apa yang pernah aku rasa dulu. Patut tak aku buat macam tu?