Kami kenal 2016, kami nikah 24.04.2017 saya melahirkan anak pertama 04.03.2018. Sepanjang tempoh perkenalan kami, dia kadang kadang wasap saya depan bini dia, Dia bagitahu saya bini dia benarkan dia kahwin dua, dan mengalak kan dia kahwin dua
Dalam tempoh tu juga bini dia ada sms saya tanya pasal hubugan kami sejauh mana, saya pun bagi tahu dia, yang bini dia sms saya tapi dia suruh reply cakap kawan sahaja ( mungkin silap saya disini ). Dalam masa ni juga dia banyak tabur janji janji, ayat ayak bagus la, saya perempuan cepat lah percaya kan.
Dalam tempoh kami kawan juga, saya masih lagi berhubung dengan bekas boyfrend saya, dia pun tahu dan marah sangat sangat sampai satu tahap kami nak putus hubungan tapi tak tahu la jodoh panjang kot, jadi sambung balik.
Sampai la saya berhenti kerja dan ikut pergi tempat dia selama sebulan hubungan kami makin serius. Sampailah tahap dia melamar saya jadi isteri kedua nya, family saya, saya sendiri pun ada tanya tentang isteri pertama dia, tapi dia jawap bini dia setuju, dan kami teruskan.
Dia urus semua surat poligami di mahkamah, dia bawa saya dengan mak saya, kami naik mahkamah. Mahkamah benarkan, dan luluskan permohonan poligami dia, sebab semua syarat menunjukkan dia mampu,
Dan ada juga surat mengata kan isteri pertama setuju dia kahwin dua dengan syarat, dia urus semua dengan sendiri surat tu mengatakan bahawa dia tidak masuk campur. Kami kahwin, dikurnia kan cepat dapat zuriat ( alhamdulillah ),
dalam tempoh sebulan kami kahwin bermula la kisah berdebat mulut, saya dengan madu. Bulan kedua kami kahwin, dia bawa saya tinggal di tempat nya, lagi hebat per4ng nya sampai m4ki hamun, saya pun di m4ki perampas,
saya tak kisah sangat yang saya marah dan balas balik m4kian tu adalah dia babitkan mak saya, siapa tak marahkan. Tapi kami pernah jumpa dua kali juga lah, pertama suami bawa dia jumpa saya, kami pun salam tangan, kali kedua jumpa dekat bazar, (terserempak) bulan puasa kan,
apa lagi bising la bini dia, yalah suami nak adil kan tanggungjwab, puasa ketiga dia pun temankan saya beli makanan dan berbuka puasa bersama sebab puasa first dan kedua dgn istri pertama, tapi masa puasa ke3 tu suami tipu dia mgatakan dia berkerja tidak dapat pulang padahal dengan saya.
Dipendekan cerita sekarang ini, saya anak satu dah, masa melahirkan suami ada, alhamdulillah. Pantang hari ke 4, dia pun pulang ke tempat nya, dia tinggal kami dalam 2 bulan. Datang lagi jenguk kami, masa dia datang tu bini pertama dia memang meroy4n habis lah, (biasa orang pempuan).
Ceritanya satu malam tu suami tidur saya curi2 balas whatsap bini pertama saya cakap dengan dia kau kenapa meroy4n kau cemburu kah tengok gambar kami. Baru seminggu kot lawat kami.
B0do saya tau salah masuk campur tapi aku ta sampai hati bila dia cakap balik2 suami kami ne tak bertanggungjwb, nak doa kan supaya rezeki sempit la. Patot kah seorang isteri doa yg jahat jahat untuk suami.
Saya pun kadang meroy4n juga kalau lama dia tingal kami, pernah sekali 5 bulan dia tak janguk kami atas alasan takda payment masuk. Saya dengan madu pernah meroy4n minta cerai tapi alhamdulillah suami waras lagi. Tapi skg suami tak nak diganggu sebab masalah tadi, (masalah saya reply whatsap ).
Sudah dua minggu suami tak wsap saya, tanya khabar pun tidak. Patot kah saya dilayan macm nie,saya pun perempuan ada hati dan perasaan.. adakah dia langsung tak rindukan anak nya yang baru berusia 3bulan 3hari ini, adakah langsung dia tak fikirkan kami.
Apa yg patot saya buat? Saya banyak kali sudah minta maaf dkt madu saya, tapi dia kata tak nak maaf kan sampai bila bila ,apa patot saya buat?