Isu Keluarga

Masalahnya sepanjang kehamilan saya bertalu2 ujian yang datang melanda bila muka suami akan berubah setiap kali saya nak jumpa anak2 saya

Assalamualaikum. Harap min dpt siarkan kisah saya ni. Saya sebelum ni janda anak 3. Hidup saya berubah totally lepas saya bernikah dengan org bujang.. Perkenalan kami singkat sangat.

Cuma 4 bulan saya terus terima untuk bernikah dengan dia lepas ayah dan emaknya memujuk. Sebenarnya sebelum nikah saya da perasan perangai dia.

Tapi tak tau la kenapa, hati ni tetap nak terima dia dengan harapan dia boleh slowly berubah one true day. Masa saya berkawan dengan dia, majikan saya pun tergila2kan saya.

Dia nak jadikan saya 2nd wife dia. Dia byk mewahkan saya masa saya menjanda. Bukan la mewah tu tanda saya pergunakan duit dia. Saya tak pernah minta. Dia paksa saya ambik duit2 tu untuk belanja dan gaji saya jangan guna.

Buat simpanan. Tu je pesanan dia. Allahuakbar. Kalau ikutkan hati saya terima je jadi bini ke2 dia, tapi saya tak sanggup nak lukakan hati bini dia yang baik dengan saya .

Bini dia sampai masuk wad bila dia bagitau yang dia nak nikah dengan saya. Jadi saya terus terfikir untuk lari jauh dari dia . Masa tu laa bermulanya kisah saya terima suami saya yang sekarang ni. Aduhhh.

baru nak cerita airmata da mengalir semula. Harap2 saya kuat untuk terima ape pun kesan dr sharing saya ni. Ceritanya tahun 2018 saya nikah dengan Had (bkn nama sbnr).

Sebelum nikah saya ada bawak anak2 dengan suami pertama dulu stay dengan dia dan family dia bbrp hari. Masa tu dia tunjuk penerimaan yang baik pd diorang. Saya terus terlupa akan baran dia dan kata2 dia yang kuat mem4ki dengan perkataan vavi.

Tapi selepas je nikah, muka dia akan berubah setiap kali saya nak jumpa anak2 saya (ex husb jaga sebab kesihatan saya yang tak mengizinkan, depression & epilepsaya akibat perkahwinan dengan dia yang skrg da sembuh).

Da dekat 4 tahun perkahwinan kami, baru 4 kali saya dpt jumpa anak2 saya. Menangis2 hati saya sebab kerinduan yang teramat sangat pada diorang semua. Terbayang2 kecomelan dan kemanjaan diorang. Lps 2 bln nikah saya disahkan hamil.

Masalahnya sepanjang kehamilan saya bertalu2 ujian yang datang melanda. Masa tu saya stay rumah In Law sbb suami taknk keluar. Rumah in law kena gangguan macam2. Saya perhabiskan duit2 simpanan tuk pulihkan keadaan.

Saya pertaruhkan kesihatan dan nyawa saya untuk selamatkan keadaan. Tapi masa saya sarat preggy saya dihalau dr rumah sebab saya yang dikatakan pembawa si4l.

Suami pun tak back up saya langsung. Bila ayah dia panggil saya vavi dia blh ckp sabar je. Smpi skrg dia cuma suruh saya sabar walau macam2 hinaan yang saya dgr dr mulut org2 terdekat.

Bila saya mintak dia tny pd mak dia nape m4ki2 saya, dia tengking2 saya. Tangan kaki dia semua da singgah ke muka dan badan ni min. Allah je yang tahu betapa sakitnya nak lalui hidup dengan dia.

Tahun 2019 saya dikurniakan sorg anak hasil perkahwinan dengan Had. Alhamdulillah.. comel sgt dan sebijik muka kakak dia. Terubat sikit kerinduan tu pd anak2 walau tak dpt hentikan tangisan ni. Sejak ade anak dia kurang sikit mem4ki.

Tapi baran dia tak hilang. Dia masih naik tangan lagi. Dia masih menghentak2 barang lagi. Saya da tak tau nak buat macamn. Tahun 2020 kali ketiga saya ke balai bt report. Polis suruh dia dtg dan jumpa dia kat balai.

Polis suruh berbaik. kami berbaik semula. Lepas tu jd semula gaduh2 dan keluar balik baran dia. Saya tak tau nak jelaskan macamn perbuatan dia min.

Tiap kali gaduh mesti saya akan teringat anak2 dan naluri saya kuat menyuruh saya untuk teruskan hidup sendiri. Supaya bebas dr kehidupan yang dikelilingi manusia2 yang bermuka2, baran dan tak pertahankan hak pasangan iaitu emosi nye.

Sekarang da dekat 2 bulan kami tak bercakap dengan baik. Saya da bbrp kali set appoinment dengan pejabat agama untuk permohonan cerai.

Tiap kali pergi tu dia akan pujuk saya. Akan bercakap dengan baik dengan saya. Tp esok nye dia akan bermuka2 lg.. Dasar sungguh. Akhirnye, lps 2 bln dia bt saya macam ni saya rasa saya seolah2 semakin kuat untuk teruskan melangkah sendiri.

Minggu ni saya da set lg appoinment dengan pej agama untuk buka fail. Harap2 kali ni saya betul2 kuat dengan keputusan saya. Saya pun da kumpul beberapa bukti yang kuat untuk saya dptkan kebenaran bercerai tu. Dr

Saya harap kwn2 dlm KRT doakan saya supaya kuat dan dapat teruskan hidup lebih baik dengan ank saya. Saya tak salahkan takdir kerana temukan saya dengan jodoh yang salah buat kali ke 2.

Saya tau saya banyak dosa dan saya lemah selama ni tanpa pasangan. Tapi pengalaman kali ke 2 mendirikan rumahtgga ni menjadikan saya betul2 bertambah kuat dan saya da tak kisah hidup tanpa pasangan selepas ni.

Saya nak fokus pd ank yang ni dan ank² yang lain. Saya akan kerja ape je yang boleh saya buat lps ni. Saya da start niaga sikit2, buat freelance dan lain2 untuk buat duit sendiri. Saya rasa saya da boleh untuk melangkah pergi.

Doakan saya kawan2. Saya doakan kawan2 semua semoga dipermudahkan perjalanan hidup berumahtgga yang kawan2 tgh jalani skrg dan dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan. Semoga dijauhkan dari kesakitan2 yang saya alami selama ni. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *