Hi admin, mintak hide kan profile
<span;>Saya isteri, ada kerjaya, ibu kepada 2 anak. Kami telah kahwin selama 12 tahun. Kami bahagia.gaduh sikit2 tu biasalah.beberapa tahun lepas saya pernah terjumpa suami saya bermessenger dengan wanita lain.
Kali pertama bergaduh juga. Sampai saya ambil cuti sehari murung. Suami minta maaf. Kali kedua sama juga. perempuan lain mesej kata nak tidur sebelah suami saya. terkejut tapi kali ni saya lebih relax dan saya mesej suami dan bgtau kalau nak scandel jangan belakang2.
Beritahu terus pada saya. Suami mati-mati kata tak tahu kenapa perempuan tu cakap begitu.dengan saya perempuan tu pun cakap tersalah mesej di messenger. tp segala conversation yang sebelum kantoi tu semua telah suami delete.
saya siasat suami saya request friend terlebih dahulu di fb. Disebabkan saya berkerjaya, saya nekad tak akan lemah di hadapan lelaki. Oleh kerana suami minta maaf saya terima walaupun pedih.
Untuk makluman suami saya ni baik hati dan tidak lokek.walaupun saya lebih berpangkat tapi dia rajin buat bisnes. Waktu dia senang memang dia pemurah bukan pada saya saja tetapi pd ibu dan keluarga belah saya. Dia juga langsaikan hutang belajar saya menggunakan keuntungan bisnesnya.
Disebabkan baiknya dia dan anak2 kecil lagi masa tu saya jangka dia kesunyian. Ye lah kita sibuk semua sediakan makan malam, urus pakaian anak ke taska,saya pun semua nak buat sendiri. Saya sabarkan diri masa tu.
Sekarang anak-anak dah besar dan tak berkepit lagi. saya ada banyak masa untuk diri sendiri. bersocial di fb dan ig. Masak2 walaupun simple saya deco cantik2 dan letak di ig. Setiap kawan yang komen saya akan reply.
Ada masa saya jogging dan berbasikal. Dan sekarang dapat semula berat ideal. Sesekali saya ambil gambar saya yang saya rasa cantik dan upload di fb. Selang seli dgn gambar masak2 dan aktiviti anak saya. Ramai yg komen termasuk kawan2 sekolah lelaki. Saya tau suami baca semua tu dia tanya saya buat rilek.
Pernah saya mintak pada suami nak reunion tapi dia nak akan join sekali siap cakap bahaya biarkan saya relax lagi diam2 ex boifren pun contact juga saya semula.
Bila dah dapat berat badan ideal, saya upgrade penampilan. Lebih menarik, berbaju moden dan berkebaya terutama hari khamis kerana hari pakai baju batik (boleh agak saya kerja di agensi mana).
Suami selalu puji saya nampak muda. Puji depan-depan dan mesej bila dah ke ofis. Bila dah melawa begini ada juga yang mesej. Selain ex boifren, ada seorang mamat rajin mesej saya. dari hal kerja sampai ke mesej puji2 saya cantik.
Ajak saya keluar makan di restoran mahal dan offer nak beli hadiah pada saya. Ada juga hadiah makanan dia hantar ke meja saya tapi saya ajak semua ofismate makan supaya tiada yang syak.
Sekarang memang saya sentiasa bermesej dengan dia.biasanya waktu perjalanan balik kerja kerana jalan jem. ada peneman mesej. Sampai rumah saya akan delete semua mesej2 dan focus pada keluarga. Sekarang saya pula buat apa yg suami buat dahulu.
Rasa bersalah juga. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya ditinggalkan oleh suami suatu hari nanti saya masih laku lagi. Saya masih sayangkan family saya. anak2 yang bijak. saya xmau masa depan mereka musnah gara2 keluarga porak peranda.
Kalau saya bujang memanglah saya akan pilih mamat yang rajin mesej saya ni sebab ala2 ceo megah holding. Ada kereta import berbiji-biji yang memang saya tak mampu dan pemurah. Saya mmg tau segala bisnes dan keuntungan yang masuk ke syarikat dia.
Saya dapat simpulkan lelaki ni macam manapun kebanyakan mereka tertarik pada kecantikan.pada isteri-isteri yang suami ada berhubung dengan perempuan lain bertenang.
cari jalan. kumpulkan senj4ta balas. Apabila masa sesuai kita ser4ng balas. Jangan terlalu baik. biar nampak konfiden. Selalu saya perhatikan dikalangan kawan saya sendiri yang mana baik2 ala2 wanita melayu terakhir selalu kene buli dgn suami.
Mungkin apa yang saya tulis ni ada yang boleh terima..ada yang kecam.terpulang. Pada saya wanita kene kuat dan jangan bergantvng harap pada suami.