Isu Keluarga

Ceritanya saya berkawan dengan suami lebih kurang 8 tahun sebelum berkahwin dan selama saya berkawan dengan dia 8 tahun lebih tu tak pernah kantoi ada perempuan lain

Assalamualaikum admin.  Hidekan profile saya ye. Saya nak tanya, macam mana ye nak buang rasa prasangka buruk kepada suami.

Ceritanya saya berkawan dengan suami lebih kurang 8 tahun sebelum berkahwin dan selama saya berkawan dengan dia 8 tahun lebih tu tak pernah kantoi ada perempuan lain.

Sampai la satu hari lepas saya di risik saya terbaca chat suami dengan seorang budak perempuan tempat dia selalu lepak makan dengan kawan kawan dia. Saya tahu password Facebook dia tapi ig saya tak tahu.

Tapi tiba-tiba satu malam tu nk cuba buka ig dia melalui Facebook. dan memang boleh. Dan tak sangka ada chat dia dengan perempuan lain. chat dalam tu dia bagi salam.

tanya perempuan tu kenal tak dia. dia nak kenal dengan perempuan tu. siap bagi love lagi. terus saya screen shot chat dia dan tanya pada dia. dia cakap dia main main je. budak tu pun nak tunang dah . Saya menangis semau nya.

Sebab saya tak pernah sangka dia boleh chat org lain. Bila saya chat ig n Facebook dia, habis semua Facebook dan ig lama perempuan tu dia follow. Saya mula menjauh dari dia.

Sebab saya betul-betul terasa hati dan kecewa. tapi suami saya bersungguh-sungguh minta maaf dengan saya. Janji tak buat lagi dan tak pergi kedai mak budak perempuan tuh da.

Saya syg dia dan bagi peluang. Lama jugak dia tak pergi. Sampai da lama tu dia pergi balik atas keizinan saya. itu pun makan dan balik. Dan nk jadi kan cerita, budak tu pun bertunang dan saya berkahwin dengan suami saya.

Masa saya da 3bulan kahwin dan tgh mengandung lebih kurang 2 bulan, saya tengok henset dia, dia ada simpan pulak gambar adik perempuan tu. Dia ambil dari gambar profil Telegram.

masa tu dia tgh tidur. Berjurai airmata saya masa tu. Kecewa sgt. Bila dia bangun, saya tanya dia semua tu. Dia pun tak tahu nk jawab apa. Terus dia buang Telegram. Dan dia terus keluar bilik.

Esok nya dia minta maaf janji tak buat da. dia cakap dia tak suka pun budak tu. Budak tuh sekolah lagi. saya pun maafkan dia. Tpi kepercayaan mmg betoi2 xde da pde dia. Suami saya bab lain dia bagus sangat.

Layan saya tengah mengandung elok. Lepastu malam malam tak keluar dah lepas kantoi simpan gambar tu. Dia keluar pun kalau ada kawan dia balik cuti dari jauh dan bukan lepak kat kedai budak perempuan tu.

Tapi saya selalu terpikir, kot kalau tempat kerja dia ada chat perempuan lain. dan kalau saya pergi keluar dengan mak ayah dia, dia tak ikot, dia ada keluar dengan perempuan lain.

Ada satu hari, saya pergi kenduri dengan mak n ayah mertua dan dia tak ikot. Dia pun tengah siap nk keluar. Dia cuma ckp nk lepak petg tu.

Saya terus pikir, betoi ke pun. Dalam kereta tiba-tiba dia call ada nak pakai duit tak. Saya dengar memang bunyi suara kawan2 laki dia ramai. masa tu lega sgt.

Tolong saya macam mana nk bagi saya pikir positif je pasal suami ye. Rasa berdosa sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.