Isu Keluarga

Masalahnya sekarang bila saya tengok profile fb dia terus terkenang kisah kìs sweet2 sampaikan kisah2 silam terlanjur pun terkenang

Salam admin, macam biasa hidenkan profile saya ya. Saya minta pandangan yang bernas, yang nak kecam sila pergi jauh2.. Saya merupakan seorang suri rumah sudah berkahwin 2 tahun sudah anak seorang puteri sudah setahun 1 bulan.

Suami saya memang seorang yang tersangat baik tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai suami. Makan, pakai, tempat tinggal dan nafkah semua lengkap tapi saya yang bermasalah kerana sampai sekarang saya tidak boleh lupakan bekas kekasih saya.

Masalahnya sekarang bila saya tengok profile fb dia terkenang kìs sweet2 sampaikan kisah2 silam terlanjur pun terkenang. Dia ajar saya naik kereta dia sampai langgar lori parking dia tidak marah, and sampai saya pandai dia ajar bawa kereta tidak pernah give up.

Kalau saya bajet tidak cukup dia akan support apa yang mampu. <span;>Memang baik tapi perangai dia agak jealous sampai saya berkawan dengan group perempuan pun dia marah marah apatah lagi lelaki kan.

Dia agak baran then pernah dia t4mpar saya sekali kerana saya tidak jawab soalan dia tanya. Sejak itu saya jadi tawar hati tapi time itu masih ada sayang sebab dia first love saya.

Reason break up pun sebab dia hendak sambung belajar degree and tinggalkan saya macam begitu saja. Sekarang pun dia dah berumah tangga, sampaikan saya benci tengok isteri dia pos sweet2.

Nak je bagi tahu kat isteri dia kalau saya dah pernah bersama dengan suami dia. Memang betullah orang cakap sekali menyayangi orang seumur hidup merana. Setiap kali mimpi tentang ex-bf mesti menitis air mata.

Then cepat2 sapu mahu peluk suami dalam hati mesti cakap sayang minta maaf abang kerana tidak pernah jadi isteri yang baik.  Wahai warga KRT macam manalah cara hendak campak kenangan tu jauh2. Saya memerlukan sokongan anda semua. Terima kasih admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *