Salam admin dan semua. Aku nak minta pendapat yang murni murni sahaja. Aku dah berkahwin hampir 9 tahun. Dikurniakan 3 putera. Paham2 la kalau anak laki ni dia punya aktif macam mana.
Sampai stress aku dibuatnya. Aku juga seorang suri rumah. Pendapatan sampingan aku hanya mengasvh. Lepas la duit poket aku. Suami aku kerja biasa2 je. Gaji dia semua bagi aku suruh urus bayaran bil2 dan hutang ansuran.
Suami aku tua lebih 10 tahun dari aku. Dia bagi makan pakai semua cukup. Aku tak pernah mintak benda2 yang dia tak mampu nak adakan.
Masalah aku sekarang rasa cinta, kasih dan sayang aku pada suami aku dah lama pudar. Dah tak berseri pun. Aku nikah dengan suami pun tanpa ada cinta. Aku berkawan dengan suami sebelum nikah dah 3 tahun yang aku tak tahu aku ni kekasih dia ataupun hanya kawan sahaja.
Jadi pasal tu takde perasaan cinta aku pada dia. Dia pun tak pernah nak lafazkan kata2 cinta pada aku. Aku nikah dengan suami pasal terdesak dengan masalah dalam family aku.
Soal rasa cinta tu aku tolak ketepi dulu. Yang penting aku dapat keluar dari rumah family aku. Aku pikir lepas nikah mungkin dapat perasaan cinta tu. Tapi ternyata kosong.. Aku bertahan sebab tanggungjawab je, suami aku bertanggungjawab cuma aku jadi menyampah tengok dia.
Dahla hati aku dah sunyi. Tambah pulak dengan perangai dia entah apa-apa tu. Ok abis cerita pasal suami aku.
Masalahnya sekarang pintu hati aku dah diketuk kembali bersinar2 apabila Aku terjatuh cinta lagi sampaikan makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah.
Kawan sekolah sebaya aku tiba2 mesej aku, aku gelar kan dia R0Y. R0Y dah berkahwin, dikurniakan seorang putera yang sama baya dengan anak bongsu aku. R0Y ada masalah dengan isteri dia.
Isteri dia lagi tua dari kami. R0Y cerita kat aku yang dia nikah dengan isteri dia pilihan ibu dia. Dan hubungan R0Y dengan isteri dia agak dingin. Buat hal masing2. R0Y bagi tahu saya, bila bersama dengan isterinya, isterinya tak padai layan.
Aku ada tanya dia, kenapa tiba2 mesej aku. Dia kata dia dah lama minat kat aku dari zaman sekolah lagi. Dia kecewa aku nikah dengan orang lain. Sekarang dia cari aku balik.
Lama dah dia nak pm aku tapi risau kena m4ki dengan aku tapi aku reply semua mesej2 dia tanpa m4kian. Sebab aku sunyi. Sampai aku terjatuh hati pada dia. Kami bercinta.
Ye, aku tau hubungan ni tak patut ada tapi kami insan yang sama2 kesunyian. Aku sayang kat dia sangat2. A<span;>ku tahu dia pun sayang kat aku dan sekarang kami berhubung lagi.
Aku tak tahu la apa lagi masalah yang akan datang lepas ni. Kena paham ye. Perasaan cinta orang yang dah kahwin ni memang berbeza dari yang belum nikah.
Kami cukup tersiksa dengan perasaan ni. Lebih2 lagi aku yang prmpuan ni. Yang mana suami aku bagi lengkap untuk aku. Cuma perasaan cinta tu dah lama pudar
Aku nak nasihatkan pada korang semua jaga rumahtangga tu elok2. Rajin2 la bertanya pada pasangan masing2 tentang kekurangan korang. Jangan jadi macam aku.
Korang tak jadi kat diri korang memang syok la kecam mngecam ni. Jangan sangka panas sampai ke petang.Ni pagi2 pun sudah hujan. Terima kasih admin.