Hai admin mohon hide profile. Sekadar ingin berkongsi kisah lalu untuk dijadikan pengajaran dan di ambil iktibar saudara saudari yang baru mendirikan rumahtangga. Ini adalah kisah benar yang saya alami sendiri.
Saya mengenali ex saya ketika berkursus di sebuah negeri. Saya kursus selama 2 minggu. Selama 2 minggu bermacam-macam cara ex saya mahu mendekati saya.
Tetapi saya memang tidak menunjukkan minat padanya sehinggalah pada hari terakhir berkursus barulah ex saya berpeluang bercakap dengan saya dan sempat meminta kebenaran untuk melihat hp saya rupanya dia mendail ke hp nya untuk mendapatkan nombor hp saya.
Selepas habis tempoh berkursus, kami masing-masing balik ke negeri asal. Sebulan kemudian, ex saya datang berjumpa dengan keluarga saya untuk memaklumkan bahawa seriusnya dia dalam hubungan kami.
Sebelum kawin, suami berterus terang kalau dia sudah punya isteri, tapi demi sayang, saya sanggup berkahwin dengan dia. Setahun kemudian kami berkahwin. Ketika itu saya masih bertugas di negeri sendiri.
Untuk makluman, suami ketika itu adalah ahli perniagaan yang amat berjaya, biarpun tinggal berjauhan setahun, itu bukan menjadi masalah untuk kami.
Setahun kemudian saya melahirkan seorang bayi perempuan. Ketika itu saya telah pun dapat bertugas di daerah yang sama dengan suami.
Masalah bermula bila isteri pertama mula menyebarkan fitnah terhadap saya yang Kononnya saya hanya mata duitan dan bukan ikhlas untuk bersama dengan suami.
Bayi tu juga kononnya bukan anak suami. Tetapi saya teruskan sahaja bersama suami walaupun tahu suami memiliki keluarga lain. Memandangkan anak masih kecil. Untuk makluman suami tinggal bersama saya kerana isteri pertama di daerah lain.
Dan beza umur saya dan suami pula adalah 17tahun. Mungkin sudah jodoh jadi saya teruskan bertahan. Bukan saya tak pernah cuba berbaik dengan isteri pertama tetapi isteri pertama suka membuat fitnah dan memburukkan diri saya.
Usia perkahwinan masuk tahun keempat, suami mula balik lambat. Kadang-kadang sehingga jam 3 pagi setiap hari. Alasan suami, banyak kerja di pejabat. Saya pernah terjumpa lispstik di kereta, dan kasut perempuan.
Bila ditanya suami akan jawab milik staf perempuan. Hujung minggu pula, suami bagi alasan balik kampung melawat ibu nya. Ketika ini anak saya 2 org yang baby baru beberapa bulan.
Suasana tersebut berlarutan sehingga berbulan lamanya. Saya pula jenis percayakan suami jadi tiada pergaduhan di situ. Cuma suami bila balik lebih gemar tidur di ruang tamu.
Kakak tu cerita kan semua berkenaan suami walaupun saya belum beritahu apa masalah saya Menurut kakak tersebut, suami saya mempunyai kawan perempuan, tetapi masih status isteri orang.
Suami rupanya tak pernah balik kampung ibunya tetapi meluangkan masa bersama perempuan tersebut.
Nak percaya atau tidak terpulang kata kakak tersebut. Rupa-rupanya si suami tidak berniat mahu berkahwin dengan perempuan tersebut tetapi perempuan itu memaksa untuk berkahwin.
Rupanya saya adalah orang terakhir tahu tentang hubungan mereka. Paling menyakitkan hati, kereta saya pula suami bagi perempuan tu guna. Suami memiliki 2 kereta saya pun 2 kereta.
Bila saya dapat tahu saya minta balik kereta saya. Saya tanya suami, suami akhirnya mengaku ada hubungan dengan perempuan tersebut dan merancang untuk kahwin. Suami kata saya setuju atau tidak, suami tetap berkahwin.
Memang Betul la orang cakap, lelaki bila dapat isteri kedua dia akan cari lagi isteri ketiga dan seterusnya. Cuma beza situasi saya adalah, bukan atas kerelaan saya untuk menjadi isteri kedua.
Akhirnya suami berkahwin dengan perempuan tersebut, kami ditinggalkan dengan anak-anak yang masih kecil. Alasan suami, isteri pertama yang menyokong perbuatan tersebut.
Saya bernasib baik kerana mempunyai pembantu untuk membantu urusan harian di rumah sementara saya bekerja. Kami anak beranak di beri secukupnya nafkah cuma suami tidak balik ke rumah.
Keadaan begini berterusan selama 3 tahun sehingga akhirnya saya mempunyai kekuatan untuk memohon cerai. Pada mulanya suami tidak mahu melepaskan saya kerana risau kan anak-anak masih kecil.
Tetapi saya bernekad, daripada tersiksa mental dan fikiran lebih baik saya keluar dari masalah ini. Selepas sah bercerai, saya yang menjaga anak-anak manakala ex suami pula tinggal dengam isteri baru.
Selepas ex suami bersama isteri baru, isteri pertama menghubungi saya mengatakan dia tidak di beri belanja secukupnya kerana semua di bol0t oleh isteri baru.
Saya hanya mampu mendengar dan merasa bersyukur kerana telah keluar dari kemelut tersebut. Selama 7 tahun saya hidup sendiri tidak termasuk 3tahun di gantvng tidak bertali, akhirnya saya bertemu jodoh kembali dengan seorang duda hidup bahagia.
Saya jadikan kisah silam sebagai pengajaran. Wanita di luar sana jika kamu diberi pilihan elak kan lah suami orang. Kerana hidup berkongsi ni tidak seindah drama. Jangan menyerah kepada takdir tetapi buat pilihan yang betul.
Lelaki zaman sekarang kebanyakkan nya susah bertanggungjawab, apa yang mereka cari adalah keseronokkan semata-mata. Sekarang saya dengar kabar bahawa bekas suami tidak sihat kerana masalah jantvng.
Dan dengarnya isteri baru nya pula berselingkuh di belakang. Dan saya sendiri pernah melihat depan mata isterinya keluar dengan lelaki lain. Itulah namanya karma, apa yang kita pernah buat akan berbalik kepada kita semula.
Semoga kisah ini dijadikan pengajaran kepada semua wanita di luar sana. Terima kasih admin sekiranya kisah ini dikongsikan.