Isu Keluarga

Ceritanya selama isteri aku sedang mengandung aku ade berkenalan dengan seorang perempuan berumur  23 tahun

Assalamualaikum admin, mohon hidekan profil fb ni ye. saya pinjam kawan saye punye fb.Cerita dia macam nie, aku ni seorang suami umur 32 tahun dan isteri aku pulak 30 tahun. Kami dah kawen 4 tahun dan baru dikurniakan zuriat bulan ogos hari tu Alhamdulillah.

Ceritanya selama isteri aku sedang mengandung aku ade berkenalan dengan seorang perempuan berumur  23 tahun. Aku berkawan mula2 anggap macam adik lama2 aku dah jatuh hati dekat dia. Aku dah jumpe family dia bincang aku serious nak nikah dengan dia.

Aku janji hujung tahun ni aku nikah dengan dia. Dia baik sangat min. Dia bukan mata duitan. Malah kalau keluar makan ke ape dia banyak support dan keluar duit. Dia sanggup susah senang dengan aku.

Dalam masa yang sama aku sayang jugak isteri aku. Tapi rumah tangga mana yang takde masalah betul tak? 4 tahun aku bersabar min, isteri aku tak jaga makan minum aku. Asyik2 suruh makan kedai dan beli bungkus.

Kadang2 nak beli untuk isteri, kite dok rumah mak mertua so nak tak nak kenalah beli untuk adik beradik dia sekali kat umah tu.. kalau hari2 parah laa.. lagi satu bile aku minta bersama sebelum selama kawen laa dia asyik tolak je dan suruh aku tengok video blu jee so aku macam dah tawar hati..

perempuan aku kenal tu ada ciri2 aku nak. Sopan, pandai masak, boleh jaga hati aku, berpelajaran. Isteri aku ni kadang2 ok kadang2 tak ok. Bile nak m4ki suke hati dia je.. walaupon depan mak bapak dia.. aku ni diam jelaa.. kadang2 aku malu.. aku dah lama pendam min. Hati aku sakit sangat.. banyak jaga hati dia.

Aku banyak luah kat perempuan aku kenal tu. Dia terlalu baik min. Dia banyak sabarkan aku. Dia ada cakap nak undur diri sebab takut bini aku meroy4n atau mengamvk, tapi aku cakap janganlah.. kite dah jauh.. aku tak boleh hidup tanpa dia.. asyik teringat dia je min..

Nak jadikan cerita aku kantoi dengan isteri aku dan keluarga mertua aku tau tentang hubungan aku dan perempuan tu. Isteri aku suruh aku lupakan perempuan tu

Masalahnya min sekarang perempuan tu tengah mengandungkan anak aku dan aku buat macam tu supaya takde laki boleh amik dia selain aku Aku memang nak bersama dia.

Isteri aku siap buat surat perjanjian kalau contact perempuan tu jatuh talak dan perempuan tu masuk Penj4ra. Aku kesian keadaan bakal isteri aku tu min. Dia mengandung mesti perlukan aku. Sumpah dia buat aku macam nie(ugvt2 aku)..serious aku tak bahagia pon min.

Aku tak boleh tipu diri aku. Aku cintakan perempuan tu lebih tapi isteri aku, sebab aku sayang dia jee. tak lebih pon. sebab aku dah banyak makan hati kot. Asyik ikut telunjuk dia..

aku nak jumpa kawan pon tak bagi. Nak lepak pergi jamming pon bising2. Aku nak minta pendapat, aku taknak ceraikan bini aku sebab aku fikir anak. Tapi mase yg sama aku nak tanggungjawab dengan bakal isteri aku..

aku rasa apa dia rasa.. hari2 aku menangis rindukan dia.. aku nak nikah dengan dia.. Bagilah pendapat yg baik2 janganlah kecam bakal isteri aku perampas dia bukan macam tu aku yg beria nak dia.. aku tahu aku dah buat dosa tapi aku nak tebus balik.. nak tanggungjawab.. aku pendosa tanpa noktah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.