Isu Keluarga

Nak dijadikan cerita tak tau macam mana wife dia boleh tau pasal ni sampaikan wife dia whatsapp saya

Salam admin. Mohon siarkan cerita saya dan rahsiakan identiti saya. Ceritanya begini 3 4 tahun yang lepas saya ada berkawan rapat dengan sorang laki ni.

Kira dah rapat sangat la sampai dah bersayang2 dan terlanjur bagai.. rupanya takda jodoh dia pon disuruh kawin dengan pilihan keluarga..

saya pon dah move on. Lepas kawin dia pjj dengan wife dia dan start dari tu la dia contact saya balik.. saya tak layan sangat sebab saya tau dia suami orang lagipun dia hanya bertanya khabar.

Dia pon dah ada anak sorang nak masuk 2.
Ceritanya Baru2 ni dia ada contact saya balik dan nak jadikan saya isteri kedua sehinggakan banyak kali dia mohon dan pujuk saya.

saya tetap tak layan dan anggap dia main2 je. minggu lepas dia whatsapp saya pujuk saya supaya kawin dengan dia.. sebabkan malas nak layan sangat.. saya cakap dengan dia saya tak nak jd 2nd wife..

saya cakap tinggalkan 1st wife.. dia cakap tak nak biarlah ada dua2 katanya sebab dia dah ada anak.. lepastu saya cakap tak ape la kira tak ada jodoh je la..

Sebenarnya saya takda niat pon nak runtuhkan rumahtangga mereka.. sebab saya ingat dia betul2 sayangkan wife dia dan dia akan pilih wife dia daripada saya..

Nak dijadikan cerita tak tau macam mana wife dia boleh tau pasal ni sampaikan wife dia whatsapp saya cakap kalau itu yang saya nak dia akan berpisah dengan husband dia dan saya boleh kahwin dengan husband dia lepas dia bersalin awal bulan 8 ni..

Terkejut saya dibuatnya sebab saya memang tak sangka yang laki tu betul2 maksudkan tentang kahwin lain tu.. saya ingat dia nk kahwin senyap2 je atau dia tak berani nak bagitau wife dia.

terus saya diser4ng rasa bersalah sebab saya memang tak maksudkan apa yang saya cakap tu.. saya dah bagitau wife dia yang saya takkan kawin dengan husband dia dan saya tak akan runtuhkan rumahtangga dia..

saya tak akan layan lagi husband dia walaupon husband dia cari saya.. dan saya dah block pon laki tu..

Kepada M bukan nama sebenar yang berada diutara tanah air saya mintak maaf sangat2.. saya tak berniat langsung nk runtuhkan rumahtangga awak.. saya kesiankan anak awak dan anak yang bakal dilahirkan..

saya tak akan biarkan anak awak lahir tanpa ayah.. saya doakan rumahtangga awak dapat diselamatkan dan tak jadi berpisah. Tapi dalam yang sama,

Saya sudah tidak datang bulan selama 2 bulan. Saya risau jika hamilkan anak ssuami dia. Tolong saya dan jangan kecam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.