Salam min, aku ada masalah yang sangat besar dalam hidup aku. Izinkan aku perkenalkan diri. Aku seorang lelaki berusia 22 tahun. Baru sahaja habis diploma dan sekarang aku tengah sambung degree.
Aku merupakan anak bongsu dari 2 beradik. Ibu dan ayah aku kerja kerajaan. Ibu aku pensyarah dan ayah aku pegawai bank. Boleh dikatakan hidup aku serba sempurna. Segala keinginan aku selalu ditunaikan.
Tetapi keluarga aku diuji dengan hasad dengki manusia. Abang dan ayah aku meningg4l dunia 3 tahun lepas kerana sakit misteri. Dan doktor sahkan m4ti mengejut. Manakala ibu aku meningg4l kerana kemal4ngan jalan raya.
Dan polis sahkan kenderaan tersebut disabotaj. Sampai sekarang misteri tersebut masih blom terbongkar. Aku rasa hidup aku bagaikan tiada makna. Tetapi aku kekal bertahan sebab seorang wanita yang aku sayang.
Umurnya sebaya dengan aku. Satu universiti. Dialah tempat aku meluah segala kedukaan hidup aku. Sehingga aku pernah terlanjur beberapa kali dengannya. Aku rasa hidup aku penuh bergeluman dengan dosa dan aku ambil keputusan untuk mengahwini dia. Tetapi dia sering mengelak.
Aku pernah bertanya dengan dia untuk apa kita bersama kalau bukan untuk berkahwin. Tetapi persoalan itu sering buat kami bergaduh.
Dan berhari2 dia lari dari aku. Sehinggalah satu tahap kami tengah bersama tiba2 dia rasa loya dan muntah2 Aku paksa dia buat pregnancy test Tapi dia tidak mahu.
Aku berjanji dengan dia akan berkahwin dengan dia. Tiba2 dia menghilangkan diri dan kelas pun dia ponteng. Aku keliru. Aku terlalu sayangkn dia. Aku nak bina hidup baru dengan dia.
Selepas kejadian tu 2 bulan lepas dia datang jumpa aku dan meminta rm5 ribu untuk menggvgurkan kandungannya. Ya allah masa tu hanya tuhan yang tahu betapa geramnya aku dengan dia.
Aku tak izinkan dia gvgurkan kndungan tu aku paksa dia untuk berkahwin dengan aku. Dia menangis teresak2 Sehingga dia mengaku dia dah berkahwin.
Hanya tuhan yang tahu perasaan aku. Sakit pedih kecewa. Masa tu aku dapat tahu dia sudah berkahwin masa umur 18 thun. Dan suami dia seorang penagih d4dah jenis pil kuda.
Banyak duit aku habiskan dekat dia rupanya segala duit yang aku bagi dia bagi dekat suami dia sebab suami dia cari dia hingga ke universiti.
Sekarang aku keliru dia mengandungkan anak aku atau suami dia. Dan aku hampir putus asa untuk hidup. Tapi aku tak nak pengakhiran hidup aku macam ni.
Aku nak masuk syurga dengan arwah ibu ayah dan abang aku. Aku keliru dengan ujian ini. Aku tak tau apa harus aku buat.