Isu Keluarga

Dalam pada masa saya kecewa terluka saya terduduk saya menangis Allah hadirkan seseorang yang bagi semangat pada saya

assalamualaikum min tolong hidekan profile saya ye tq min. saya seorang janda berkahwin dengan bekas suami bina bersama kenangan tapi musnah di tengah jalan pada perkahwinan yang ke 9 tahun. tidak dikurniakan anak.

Saya berkerja di sektor kerajaan. Untuk pengetahuan semua saya baru diceraikan pada bulan 10 dan sekarang masih dalam iddah.

Sebelum bercerai puas saya merintih merayu supaya tidak diceraikan dan saya tidak sanggup memegang “ jawatan sebagai j4nda “ sakit memang sakit, pedih menikam hati saya sanggup bermadu tetapi di pihak sana tidak mahu bermadu.

puas saya bertahan puas saya menagih kasih sayang suami sendiri. Tetapi saya di ejek di ketawakan. saya terluka saya kecewa saya merana semua perasaan ada pada masa itu. akhirnya saya diceraikan dengan talak 1..

Dalam pada masa saya kecewa terluka saya terduduk saya menangis macam orang gilla Allah hadirkan seseorang yang bagi semangat pada saya. bagi pendapat. bagi harapan. bagi bahagia pada saya.

Dia juga seorang suami orang tapi tidak jugak dikurniakan anak dan tidak bahagia dalam perkahwinan, isterinya yang tidak mempedulikan dia dan berlaku sombong kerana lebih  bekerjaya. saya memang mengenali dia mengenali keluarganya. Dia bantu saya merawat luka.

Sama-sama bagi semangat. Sama-sama berkongsi rasa kasih, sayang, rindu dan cinta. tetapi. di saat saya tidak tahu lagi ape itu menangis. Allah beri ujian lagi. Isterinya menagih semula cintanya. dia?

dia buat istikarah dan jawapan dia bukan saya. saya terluka lagi. dia mohon maaf pada saya. Saya hanya mampu menangis dan saya kecewa lagi sekali. Mungkin salah saya juga sebab terlalu awal berikan harapan.

ruang yang patut saya isi dengan rasa cinta pada Tuhan tapi saya isi dengan rasa cinta pada manusia. padan. padan dengan muka saya. untuk luahan saya dan sekarang memang saya sedih. semalaman saya menangis.

dia berkali-kali telefon bertubi-tubi whatapps tapi saya ignore. hati saya sakit. sakit seperti diceraikan. Saya suruh dia membuat pilihan antara saya atau isterinya tapi dia nak kedua duanya.

Paling menyakitkan dia sudah meniduri saya didalam tempoh iddah. mohon semua doakan saya. moga saya kuat. moga saya tabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *