Assalamualaikum admin. Tolong share kisah hidup saya ini. Moga jadi pengajaran kepada sapa yang membaca. Saya sudah kahwin hampir 8 tahun dengan isteri saya. Perkahwinan kami dikurniakan 3 cahaya mata, 2 perempuan dan 1 lelaki.
Sebelum melangkah kealam perkahwinan, banyak kenangan2 kami lalui bersama2. Dikatakan tiap2 hari kami keluar, tidak kira siang atau malam.
Sampai kawan2 kata kami ini macam bel4ngkas kira 24 jam berkepit saja. Indah kenangan2 waktu itu, selepas berkahwin. Alam rumah tangga pun bermula. Kami mula dengan kehidupan yang amat2 susah, kami dikurniakan anak sulung kami.
Kami hidup hanya menyewa sebiji rumah dibahagi dua. Depan tuan rumah, kami ambil bahagian belakang.Dalam rumah 2 pulak hanya ada 1 bilik, kira ruang tamu dia di situ lah dapur, disitu lah kami duduk melepak. Di situ singki.
Allah, baru hendak belajar hidup berkeluarga. Bab kenderaan ini, masa tu apa pun tidak ada. Jangan kata motor, basikal pun tidak ada. Kadang2 dia keluar beli barang rumah jalan kaki saja.
Pergi pantai pun jalan kaki sambil tolak anak dalam stroller tapi isteri saya tetap tidak pernah hendak protes. Dia boleh terima saya seadaanya. Isteri saya sangup berjaga pagi2 bungkus koteow, bihun, mee letak dekat kedai orang.
Punya hendak tolong saya masa tu, Pengorbanan dia tidak dapat saya hendak gambarkan betapa besar kepada saya dan anak2.
Yang paling menyedihkan Isteri sangup pergi kerja jalan kaki sambil gendong anak hantar pengasuh Balik malam sampai orang ikut dia lah kacau dia lah tetapi dia tetap fikir tangungjawab seorang isteri.
Sampai satu tahap dia sudah ada kenderaan, bermula dengan motor. Kami sudah melangkah ke rumah yang lebih selesa sedikit. Baru kami boleh rasa hendak bahagia.
Susah payah kami tempuh bersama2 dari anak seorang sampai anak 3. Dia tetap tidak pernah mengeluh. Dia tetap setia dengan saya walau macam manapun perangai saya. Dia banyak bersabar tapi sekarang admin. Kami sudah tidak bersama.
Kami sudah berpisah baru2 ini. Bila saya fikir balik segala yang dia pernah buat dekat saya dan anak2 baru saya tahu yang dia tidak pernah minta apa2 balasan. Dia minta hanya kejujuran, layanan, perhatian.
Duit ringgit dia tidak pandang, cuma masa bersma keluarga yang dia hendak. Bila sudah senang, saya sudah banyak buat dia sakit hati. Saya abaikan dia, saya tidak pernah ambil berat pasal dia malah saya main perempuan lain.
Bila dia dapat tahu hati isteri mana tidak remuk, tidak kecewa. Saya sudah lupa daratan, asal usul saya sebagai ketua keluarga. Saya tidak pernah kenang pengorbanan dia selama ini sampai tahap dia sudah tidak tahan dengan saya.
Dia pergi mahkamah mohon penceraian, Bila sudah terpisah ini baru kita tahu yang hidup kita ini tidak akan sempurna tanpa dia dan anak2!
Hendak cari perempuan memang banyak, beribu2 kalau hendak puaskan hati kita tetapi kalau hendak dapatkan perempuan yang boleh susah payah dengan kita ini cukup2 payah.
Bila sudah kehilangan baru kita sedar yang allah sudah bagi yang terbaik untuk kita. Cuma kita yang tidak pernah bersyukur. Masih hendak mencari yang lagi sempurna.
Ingat ah anak dan isteri adalah amanah allah yang ckup2 berat untuk kita bawa ke sana nanti. Kepada yang ada isteri saya hendak pesan, jangan lah jadi macam saya.
Bila dia tarik semua, kita menangis air mata dar4h pun dia tidak akan kembali lagi. Tumpang yang mana sudah ada isteri dan anak, jaga lah amanah allah baik2. Sayanglah mereka sepenuh jiwa raga.
Memang isteri tidak sempurna dimata kita tapi kita boleh bentuk mereka jadi lagi sempurna kalau betul dengan cara. Suami acuan kepada isteri. Baik si suami, baik jugak lah si isteri.
Ingatlah siapa yang pernah susah payah dengan kita dulu, siapa yang masak makan kita, siapa yang basuh baju2 kita. Allah, besar pengorbanan seorang isteri ini bila kita masih ada,
kita tidak akan rasa semua ini tapi bila kita sudah kehilangan mereka baru kita tahu apa yang mereka sudah lakukan dekat kita selama ini.
Saya pesan satu saja yang mana sudah ada anak isteri tolonglah belajar setia, Bila sekali kepercayaan mereka sudah hilang dekat kita, sudah tidak berguna .
Apa kebaikan kita buat dekat dia dulu pun dia tidak akan pandang sudah. Jaga lah hati isteri2 kita, sesunguhnya mereka insan yang lemah. Mereka hanya hendak dibelai, mereka tidak pandang rupa paras kita.
Mereka tidak pandang harta benda kita yang mereka mahu kasih sayang dan perhatian kita. Janganlah sakitkan hati mereka. Semoga apa yang saya kongsi ini dapat lah membantu keluarga2 yang baru hendak mencipta bahagia.
Semoga allah lindungi keluarga anda dari pihak ketiga dan merahmati keluarga anda sampai ke jannah. Aminn.